Friday 19 March 2010

Cuti


Alhamdulillah, masih hidup dan sihat lagi. Selalu dok jenguk orang punya blog, blog sendiri tertinggal.


Sekarang ni sedang bercuti 3 hari termasuk hujung minggu jadi 5 hari.

So, enjoy la hari cuti ni. Hari tu balik kampung, jengok ayah. Merajuk dah ayah bila lama kami tak balik. Kadang-kadang balik tapi dia tak ada kat rumah. Walaupun ayah dah berumur tapi dia masih kuat dan masih boleh memandu kemana saja dia nak pergi. Sebab tu dia jarang ada dirumah.

Plan macam-macam masa nak bercuti ni. Mulanya ke Pangkor Island. Dah plan 17-19/3 kat sana. Nak booking hotel dah. Tapi babah kata dia kena bagi lecture untuk W48 dan W52 kat tempat kerja dia pada 17/3. Kansel. Lepas tu dia kata lecture tu dibawa kebelakang, 15/3 pula. Mana sempat nak booking hotel lagi sebab cuti sekolah, mesti ramai orang kan? Babah kata dia nak pi kejohanan tenis pula antara jabatan, pada 17/3-19/3. Cantik sebab aku akan bercuti masa tu. Lepas tu kansel pula sebab dia tak sempat berlatih dan 17 tu dia ada hal penting atas urusan kerja. Last minute tak jadi juga. Last sekali, 17-19/3, dia pun bercuti.

Mula plan nak pi Bukit Merah tapi Aliah pula tak nak mandi.Bertukar ke Padang Besar sebab aku nak makan pulut ayam. Satu hari, perjalanan, singgah rumah kakcik sekejab. Balik rumah dah dekat 7 malam, habis satu hari cuti. Hari kedua, keluar lagi pergi Kulim, selesaikan urusan bank, ingat nak bawa anak-anak pi library tapi depa tak mau pi pula, so selesaikan segala kerja yang boleh semasa waktu pejabat.

Hari ketiga ni tak plan apa-apa lagi sebab petang nanti babah ada meeting walaupun dia bercuti dan kami mungkin keluar sekejab ke pekan. Beli barang-barang sikit. Esok ada kenduri kawin kawan babah so kami terus akan balik kampung lagi.

Seronok rasanya cuti panjang ni, boleh plan dan buat apa yang kita nak. kami asyik makan luar saja sehari dua ni. InsyAllah, Ahad nanti akan mula masak semula dengan sepenuhnya.

5 comments:

Rozy said...

wahh..panjang cuti naa kak yatie..

nakpi umah kak yatie lah makan kek..aci dak?

Hayati said...

Aci la Rozy. Mai la tapi kena bagitau dulu sebab kek tu ambik masa nak masak. Cakap saja, bila?

Anonymous said...

salam kak yatie,

apa nak buat.. sebagai isteri kita kena faham tugas suami..sabaq je le...

ija pun sometimes cam tu kak yatie.. plan punye plan.. at least..tggl plan.
tu ..hubby ija kannye ada pgkat ape pun.. ha..ha..
tp nama kata uniform ..cam tu le..

Hayati said...

ija,kak yati tak tau maybe ija FB ya. Wah, baca blog kak yat ke. Diam-diam tau, nanti marah pula tuan tu kalau dia tau kawan dia dah baca blog kak yati. ha ha ha...

Hayati said...
This comment has been removed by the author.