Tuesday, 2 March 2010

Popular?

Huh, jangan. Aku tak ingin jadi popular sebab aku tak ingin jadi banyak dosa. Kenapa? Sebab dok marah orang bila orang mengata aku. Biarlah setakat sikit-sikit kawan, cukuplah. Banyak blog yang aku baca, yang popular, banyak follower, kadang-kadang ada sorang dua yang komen tak berapa elok. Aku nak kawan dan tak nak musuh. Aku mau hidup aman damai tanpa gangguan. Betul ke? Ya lah, setiap orang itu impiannya.

Kenapa mulakan entri dengan begitu? Aku sebenarnya takut umpat keji dan fitnah orang. Aku sudah merasakan kena fitnah orang sejak aku mula kenal erti fitnah. Sabar ajala. Itu hanyalah dalam lingkungan yang kecil. Bagaimana kalau aku berada dalam lingkungan yang lebih besar? Kita tak tau hati orang. Kadang-kadang aku cuba berada dalam keadaan orang yang popular. Memikirkan saja, aku sudah tak sanggup apatah lagi nak menghadapinya. Alhamdulillah, dunia aku sekarang lingkungan keluarga, kawan sekerja dan kawan-kawan maya yang aku tau setakat mana ikhlasnya mereka dengan aku.

7 comments:

Rozy said...

kaka yatieeeeee!!!!!!!!!!!!!!

dah belajaq wat ciskek nanti, wat tuk rozy sama naa.... nak rasa sampy kenyang tau.. hehehhehe

Hayati said...

Kalau Rozy nak, sekarang pun kak yati boleh buat. Akak cuma nak tambah skill saja. Keknya memang kak yati selalu buat. Macam mana, nak ke?

Jemari Seni said...

Salam Kak! Peritkan bila kena fitnah Tuhan saja yg tau!
Biarlah sikit yg kenal tapi hati tak sakit ngan macam2 perangai.
Salam Perkenal dari saya.

Hayati said...

Terimakasih JS. Macam tu la. Kadang-kadang orang yang gemalai depan kita tu yang tukang sebar fitnah. Kat blog ni, kita kenal secara maya saja, tapi ada juga yang tak senang dengan kita. Blog kita, kita tulis la apa yang kita nak tulis kan?

aidah said...

Salam Hayati,

terima kasih sudi link saya. Manusia memang penuh ngan hasad dengki. Sabar je lah kalau kena fitnah. sy pun biasa gak menghadapi situasi yg cam ni tapi nk buat camne dah lumrahnya manusia sebegitu

Hayati said...

Salam juga Aiadah. Saya suka blog U.

Hayati said...

Alamak, sorry, typing error nama Aidah