Perjalanan mengikut lebuhraya utara selatan. Aliah yang ambik gambar. Pukul1.13 tengahari. Jalan agak sunyi sepi.
Dalam perjalanan masuk kampung, tengok orang sedang menimba ikan sungai. Sungai kering , banyak ikan rasanya.
Alhamdulillah, ayah dah ada selera makan. Aku bawa balik nasi kerabu utara yang ayah suka tu dengan singgang sotong serta udang goreng. Kami makan sama-sama. Ayah lagi la seronok. Makan kat luar rumah.
Petang, kami plan nak pi lagi rumah kakcik. Sampai kat sana hujan lebat sangat tapi dapat juga sampai. Pukul 5.30 petang, kami bertolak balik hantar adik dulu dan kemudian terus balik Penang. Selamat sampai.
Esok kerja balik semula. insyaAllah, selepas semuanya selesai, baru rasa lega hati.
No comments:
Post a Comment