Tuesday 15 December 2009

Jatuh

Semalam aku jatuh. Aduh. Masa tu orang tengah ramai nak solat zohor. Itu la aku sebok dok marah kat Yan, bising ajak aku pergi solat cepat-cepat sedangkan aku nak punch card terus nak pi solat. Masa lepas ambik wuduk tu, entah macam mana terpijak lantai licin, jatuh berdebub lebih dari nangka busuk. Masa tu Yan dah nak keluar tapi berpatah balik entah sebab apa. Dia tolong aku.

Masa tu aku cuma sakit jari kelingking saja. Tak nampak sangat bengkak. Lepas dah balik lab, baru nampak bengkak jari aku. Jumpa doktor kat CC, pergi Xray segala, tak ada apa-apa la pulak. Tapi semakin petang, dah nampak blue black la pula. Masa tu dah berdenyut sakit. Tapi aku ingat sikit tu saja.

Balik rumah, malam, wah makin berdenyut. Pagi ni terus tak boleh drive, sakit sangat. Aku ingat nak pi ambik MC untuk sehari saja la tapi doktor bagi aku 2 hari. Pergi pula jumpa klinik trauma kat HSJ. Depa suruh aku pi follow up lagi hari Khamis nanti. Kena MC sekurang-kurangnya seminggu. Wah, ni dah melampau. Aku baru saja pergi kerja kat HPP sebulan, dah kena MC seminggu. Cari pasal betul.

Jari kelingking aku yang bulat semakin membulat sebab bengkak. Terpaksa pulak diikat dua jari macam tu. Petang ni aku cuba bawa kereta. Memang sakit dan tak boleh tarik handbreak. Anak-anak yang tolong tarik. Dan beralih hari, punggung, pinggang pun dah start sakit sebab semalam jatuh terduduk. Kuat la pula tu.
Besar la harapan aku semuga sakit ni tak berpanjangan. Susah nak mandi, nak buka baju, susah nak solat secara biasa dan aku terpaksa masak pelan-pelan sebab nak kena masak juga.

4 comments:

Pnut said...

alalallalala kak..awat lagu tu...
kesiannya... ermm tapi kekadang memang kita tak leh elak kemalangan kecil nak berlaku, walau dah berhati-hati.. saya pernah sekali punya hati-hati cuci lantai bilik air, sekalik gedbuk jugak...

p/s-ni dah tinggal komen, bukan tak baca, tapi akak malas update, bile akak update tak tau lak nak komen apa...ehehehe

Rozy said...

kak yatie...
len kali jalan elok2...jangan gosip2... hehhehehee

Hayati said...

he he he, berjaya juga psycho pnut suruh tinggal komen kat sini. Memang akak malas update sebab dok syok baca blog orang especially blog pnut.

Hayati said...

Ni jatuh kat surau la Rozy. Kan tempat ambik wuduk tu selalu basah, ni la bahana tak hati-hati. Licin betul. Cleaner pun tak ada nak lap. kalau dia tinggal mop kat situ, mau akak mop sendiri lantai dia. Basah betul. Kena pula tiles yang jenih licin tu. Kalau Rozy pi ambik air sembahyang kat HPP, sembahyang kat surau dia kena hati-hati sikit sebab tempat ambik wuduk tu dah ramai orang jatuh.