Saturday 19 December 2009

Cameron Highland yang tak sejuk

Ni semasa perjalanan nak ke Tanah Rata. Jem dari ladang teh Bharat hingga ke lepas pekan Brinchang, barangkali.

Ini pula semasa kami ke teashop Cameron. Parking penuh kat depan kedai...

Semasa perjalanan nak naik ke atas. Kabut disesetengah tempat. Hujan sepanjang perjalanan.


Ni semasa perjalanan nak naik ke Tanah Rata.Rasanya dekat hampir 7-8km jem..

Masuk kali ni dah 3 kali aku datang CH. Masa mula datang, masih sejuk lagi, kena juga pakai sweater. Kali kedua, sejuk pada waktu malam, menggigil. Kali ni datang, walaupun hujan sepanjang hari dan malam, tak sejuk langsung. Tak boleh tidur aku malam tadi sebab panas. Bilik pula tertutup, sempit. Kononnya bilik deluxe king.

Kami bertolak dalam pukul 9 pagi lebih dari rumah semalam. Hujan sepanjang perjalanan. Kabut tebal menghalang penglihatan. Aku ingatkan mestila sejuk kat atas nanti. Selepas saja kawasan Bukit Raja,perjalanan dah jadi semakin lambat Jem teruk. Itu pun kami bertolak agak awal. Jalan terkemut-kemut sampai malas nak keluar bila tengokkan jem dari bilik tempat penginapan kami.

Parking pula susah nak dapat. Hotel tak sediakan parking secukupnya untuk pelanggan mereka. Balik malam tadi selepas keluar makan, nak cari tempat untuk parking dah tak ada. Hubby parking depan entrance hotel. Selang 10 minit kemudian dia orang called minta ubah kereta.

Bila hubby naik ke atas semula, dia bagi tau ada pelanggan baru sampai jem 4 jam sebelum sampai ke hotel ni. Ni memang jem teruk ni. Esok nak balik awal sikit sebab kat Brinchang ni selalu sangkut teruk. Parking semuanya tepi jalan, kenderaan masuk keluar, orang melintas dan macam-macam hal lagi.

5 comments:

ana said...

kak yati...i miss u ........la kak ada blog ka?..awat tak cakap pun hihihihi...ana dh jd follower blog kak yati..nanti keep in touch ya..dah tukar pi HPP pulak ka?..jadi kena travel pulak la pi penang tu hari-hari noo..ana doakan semoga kak yati bahagia kat tempat keja baru..
p/s kelas ciskek tu npknya tahun depan la pulak..

AreLong said...

ala...baru jer plen nk g CH untuk bercuti nanti...tak jd la mcm ni...tak sanggup nk tempuhi jem nih...kene tukar plen la mcm ni...huhuhuhu

Hayati said...

Ana- Ala, tak sangka ana masuk sini. TQ. Kak yati ni sesaja seronok, tengok orang buat blog, kita pun teringin juga tapi blog bodo saja la, nak buat canggih-canggih tak berapa nak pandai lagi.

Itu la dok tertanya juga bila la ana ni nak buat kelas cisek sebab kak yati dok dapat order juga tapi belajar dalam internet ni saja. Teringin nak belajar life ni. Nanti bagi tau kak yati ya.

Arelong- Jangan pi masa weekend, pi masa lain dari monday -Thursday. masa ni mungkin tak ramai sangat.

Pnut said...

kak yati...saya first time pi cameron highland itu hari, pun saya rasa sama gak, tak berapa sejuk pun... biasa-biasa je, tak payah sweater pon..heran gak, tgk ada orang punya dressing dengan sweater bagai siap sarung tangan..ehheeh feeling dok obersi kot..

tp rasa nak pi jugak lagi...
ehehe

Hayati said...

Pnut- memang kak yati rasa tak sejuk langsung. CH ni memang selalu buatkan ramai orang jatuh centa. walau dah 3 x pi tapi nak pi lagi juga. Jom kita pi...