Tuesday 22 December 2009

Hari ini

Nak cerita sambungan semua lah.Mula-mula cerita tentang jari aku yang jatuh tu dulu.

Hari Isnin hari tu aku pergi followup kat Ortho clinic nak check balik jari aku yang masih tak hilang bengkak dan sakit lagi. Kali ni aku bawa sekali X-ray yang aku ambik kat HPP tu. Mulanya aku ingat tak kisah la nak jumpa doktor mana pun tapi kawan-kawan misi kat situ cadangkan aku jumpa Pakar tulang, Mr.Ruban. Aku mulanya memang tak kisah sangat-sangat, janji aku dapat jumpa doktor tulang, itu saja. Dah kawan-kawan kata better aku jumpa pakar, so, ok lah. Rupa-rupanya jari aku patah sikit, patutlah sakit dan bengkak tak hilang walaupun dah seminggu aku jatuh. Nasib baik aku jumpa pakar sebab doktor biasa yang aku jumpa kata jari aku tu tak ada apa-apa cuma mungkin terseliuh sikit. Tapi yang herannya dah seminggu jatuh, sakit dan bengkak tak hilang. Sebenarnya aku masih sakit tapi aku cuma ambik MC satu hari saja sebab paginya aku dah pi kerja diHPP, selesaikan apa yang patut.

Kemudian berpatah balik pula ke HSJ untuk jumpa doktor.Nasib baik lah tempat kawan-kawan dan tempat kerja lama aku, pergi pukul berapa pun tak kisah la. Rasa bersyukur sangat sebab dapat jumpa pakar hari tu dan baru kutahu rupanya jariku patah. Doktor cuma bagi aku ubat sapu dan ubat tahan sakit dan aku akan kesana lagi 4/1/2010 nanti. Aku juga kena buat exercise jari pelan-pelan dan tak boleh guna sangat jari kiriku itu.Aku harap by that time, semua akan ok.

Selepas balik dari bercuti, baju bertimbun-timbun nak di basuh dan diiron. Nasib baik la anak-anak dah besar panjang, boleh diharap untuk membasuh baju. Seterika saja yang aku tak harap. Tak puas hati.

Minggu depan aku akan bercuti lagi. Panjang cuti kali ni. Sampai tahun depan. Kami akan kesuatu tempat. InsyaAllah kalau ada rezeki dan kesihatan yang baik diberi tuhan, kami akan terbang pada 26/12 nanti. Mulanya memang aku menyesal sebab nak ikut trip ni tapi sayang pula jika peluang ini dilepaskan. Masalahnya kesian kat anak-anak, terpaksa ditinggalkan tapi kata babah, tak apa, nanti depa besar, depa pi sendiri pakai duit sendiri. Kita ni dah tua-tua ni, ada peluang, bila lagi nak jalan. Aku harap trip kali ni dipermudahkan tuhan dan selamat pergi selamat kembali. Harap tuhan pelihara kami berdua dan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan sekejab.

Terimakasih kepada sesiapa saja yang sudi mengunjungi blog ni dan tinggalkanlah jejak supaya kutahu siapa yang sudi datang ke rumah burukku ini. Sekian. wassalam

No comments: