Thursday, 8 October 2009

Mulanya Perjalanan ke HPP semula

Pagi semalam aku dah nekad, mesti pergi juga lapur didi keHPP. Aku dah tak larat menghadapi dua kerja bersendirian sedangkan tiada langsung perhatian dari ketua jabatan tempat aku bekerja. Kot la nak tanya bagaimana kerja aku sekarang ni sebab terpaksa cover dua lab sekali. Tiada, tiada langsung. Dari aku rasa macam sayang nak tinggalkan HSJ terus rasa macam lebih baik aku cari pengalaman baru ditempat baru. Kerja banyak tapi ramai staff.

Lepas tu dah bagitau dah Mr. Kua hari ni nak lapur diri kat lab sana, biasa la boss aku ni, lembap. Surat pula belum buat. Nak tunggu tahun depan baru nak buat surat kot. Aku dah nekad akan tukar ke sana. Biar jauh, biar sebok, aku rela.

No comments: