Tuesday 6 October 2009

Rumah terbuka Aidilfitri 2009

Setiap tahun dah terbiasa mengajak kawan-kawan datang makan selepas hari raya, tahun ni mereka pun asyik tanya bila nak ajak makan. Kebetulan tahun ni rezeki murah sikit, dengan segala rezeki yang tuhan bagi tu, aku pun buatlah makan-makan lebih sikit. Ajak jiran-jiran selorong dan kawan-kawan tempat kerja datang makan. Menu macam biasa, ketupat rendang, nasi tomato, ayam goreng, acar, dalca, mi kari, laksa, roti jala dan kuih-kuih raya. Nak bagi kawan-kawan makan, aku mesti pilih yang terbaik dan puas hati mereka makan.

Alhamdulillah, semua suka sebab aku pilih catering yang terbaik dan sudah pasti sedap. Bukan nak riak tapi memang semua suka. Senang hati sangat-sangat bila kawan-kawan suka.




Antara gambar-gambar yang sempat diambil. Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah sedikit sahaja aku letak disini. Selebihnya dalam facebook.

No comments: