Friday 9 October 2009

Report duty

Hari ni rasmi aku terima tawaran kenaikan tu. Dah pi report duty kat HPP dan ditempatkan di makmal chest clinic. Bahagianya aku rasa sebab memang aku nak tempat tu. Nampak macam ok saja staff kat situ. Aku pun tak tau apa yang aku nak buat nanti sebab ni pertama kali aku keluar dari kepompong Sito/Histo seumur kerja aku. Tak apa, benda ni boleh belajar. semuanya mula dari zero kan?

Tadi terus balik rumah, tidur, sebab malam tadi keja malam. Tangguh sampai 16/12/09. Tak apa, nanti aku tetap akan kesana. Sebenarnya aku bukan suka sangat nak ke HPP tapi duduk HSJ pun bukan ada perhatian pun. 2 lab aku kena cover tapi boss tak pernah ambik tau dan tanya macam mana kerja aku. Kelamkabut setiap hari, tak ada pun satu soalan yang dia tanya macam mana aku handle kerja. OK lah, dengan sukacitanya aku pi HPP.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik