Wednesday 19 August 2009

Sakit Gigi

Dah beberapa hari lepas sakit gigi tapi masih boleh bertahan lagi. Sakit sikit, telan Panadol, ok lah. Tujuannya tak nak cabut sebab sure sakit punya kalau cabut. Malam tadi aku dah jadi entah apa-apa punya sakit. Setiap 2 minit sekali kena pergi berkumur untuk hilangkan sakit sehingga pukul 5.30pagi. Tuhan saja yang tau betapa sakitnya gigiku dan hanya orang-orang yang pernah merasa sakit gigi saja yang tau bagaimana rasanya sakit gigi. Ini lah kali pertama aku merasa sakit gigi yang teramat sakit.

Sudah lah tak boleh tidur, babah pula asyik berdengkur. Aduyai, jealousnya aku. Aku langsung tak boleh tidur. Kalau ikut hati memang aku takut nak jumpa dentist tapi sebab sakit, aku terpaksa pergi juga.

Semalam masa klinik FNAC berjalan, sempat lagi aku minta surat rujukan dari Dr. Rosita untuk pergi kedental. Minta juga ubat tahan sakit. Inilah untungnya kerja hospital, senang sikit berurusan. Tapi malangnya ubat tahan sakit tak pun berkesan. Sakit lebih lagi dari ubat tahan sakit tu.

Pagi-pagi ni dalam pukul 8.15 pagi dah tercegat kat dental nak jumpa doktor untuk cabut gigi. Untung juga sebab selama aku berurusan degan klinik-klinik pakar ni, semua doktornya boleh dikatakan baik-baik belaka. Jumpa dr. Lee. Tapi selepas diperiksanya gigi aku, dia kata gigi aku tak ada yang rosak dan tak ada yang longgar. Tapi aku tengok dalam cermin ada lubang. wah, cermin sudah tak boleh dipercayai lagi atau aku yang tak tau melihatnya.

Dia kata gigi aku patah sedikit sebab mungkin makan benda keras dan dia tutup tempat yang rosak tu dan cuci sekali. Tanpa charge. Kalau kat klinik luar, tampal dan cuci, berapa ya?

Masih lagi terasa ngilu bekas dicuci ni. Harap-harap esok aku bangun dengan rasa yang lebih selesa. Masih ada lagi bekas-bekas darah beku dicelah-celah gigi yang dicuci tadi. Masih lagi terbayang-bayang betapa sakitnya gigi aku malam tadi sampai tak boleh tidur. Nasib baik selamat dan tak dicabut. Masih lagi boleh pakai la gigi aku ni. Berapa banyak masih da.. Sebenarnya aku seronok sebab tak perlu cabut gigi dan kesakitan pun dah makin kurang.

Selesai cerita sakit gigi.

Sejak berapa haribulan entah ada channel khas astro tribute untuk Yasmin Ahmad. Aku kagum dengan kreativiti allahyarham tapi bila menonton filemnya walaupun itu realitinya tapi aku malu sebab aku tau yang pelakunnya bukan suami isteri, bukan adik beradik. Lakunannya memang tiptop tapi , entah tak tau macam mana aku nak cakap. Tak terfikir aku betapa pelakunnya berlakun dengan berani sekali tanpa rasa malu dengan ramai orang disekeliling. Kalau filem Inggeris, aku faham sebab mereka bukan Islam, so mereka boleh lakunkan apa yang mereka mau tapi bila filem kita, entah, aku macam tak boleh terima adegan-adegan yang bagi ku cuma sesuai dilakunkan oleh suami isteri sahaja hatta berpeluk dengan penuh kasih sayang sekali pun. Mungkin aku masih lagi ortodok, tak boleh terima lakunan sebegitu walaupun katanya itu adegan suami isteri.. Entah, aku malu....

Selepas cubaan aku membuat cupcake tempoh hari walaupun tak secun mana pun,walaupun bunganya tonggang langgang, walaupun ros dah jadi bunga cina, walaupun... ada juga orang yang nak menempah. Apakah aku patut terima tempahan itu? Wahai puan pnut, patutke akak terima tempahan cupcake itu dan berapa harga yang akak nak letak untuk kerja-kerja amatur akak tu?
Keknya ok tapi akak punya tangan ada sedikit keras untuk buat bunga cantik-cantik.
Tolong bagi feedback ya adakah aku patut menerima tempahan walaupun dengan hanya sekali pi belajar saja.

Ok, cukup sampai disini. Akak mau layan mata sekejab, nak tidur sebab malam tadi tak leh tidur.

2 comments:

Ct said...

Assalamualaikum kak yatie...bravoooo..caiyok caiyok kak..jangan jenu mencuba. kalau belum pandai buat bunga ros, buat aja line atau garisan dan tambah dengan drop flower...prektis banyak2 ya kak

Hayati said...

tq ct. Ni la semangat untuk akak ni. Akak ingat akak nak boh coklat ganache saja, lepas tu letak stoberi, boleh kan, kan, kan? Nanti akak display kat sini, bagi komen ya?