Monday 31 August 2009

Salam kemerdekaan

Selepas beberapa hari berpuasa, hari ini negara menyambut ulangtahun tarikh kemerdekaan. Malaysia. Sesungguhnya aku bangga dan bertuah dilahirkan di Malaysia yang aman damai ini. Tak mau berlakunya sebarang rusuhan atau tunjuk perasaan jalanan. Sesungguhnya aku pencinta keamanan. Banyak cara untuk tunjukkan rasa ketidakpuasan hati kita selain dari cara merusuh. Merusuh menyebabkan banyak kerugian pada semua orang. Ya Allah ya tuhanku, kau peliharakanlah negaraku dari perkara yang tidak diingini.

Pagi semalam sebelum keluar bekerja, ada seekor burung kecik comel bertenggek dekat ranting okidku yang tak berbunga itu. Damai, tenang dan bebas, agaknya itulah yang dirasakannya. aku juga mau begitu.

Hari ni cuti. seronok berada di rumah. Masak untuk keluarga. Abang nak makan nasi bukhari, adik nak makan lompang. Lompang 7 biji selesai, tak cukup. Kesian adik, makan tak puas. Esok mama masak lagi sebab ianya tak lah susah sangat.

Semalam sebab kerja, makan kat luar. semua tempat makan, penuh. terpaksa kami makan kat restoran nasi kandar. Aiman memang pantang sungguh dengan nasi kandar ni. Mulalah dia mengamuk tapi tak ada tempat dah yang tak ramai orang melainkan restoran mamak tu. Makan saja lah.Hari ni puas la hati dia dapat makan kat rumah.

No comments: