Dah lama rasanya tanpa update sebab sekarang aku seronok kat FB. Macam-macam benda berlaku. Kerja Sabtu Ahad tanpa selang seminggu pun. Nak cuti, cuti cuma tinggal beberapa hari sebelum masuk tahun baru dan lagi terpaksa simpan cuti untuk hujung tahun sebelum bercuti panjang. Hasrat hati nak jalan jauh sikit tapi dengan keadaan H1N1 ni tak tau lah bagaimana nanti.
Kami betul-betul sebok dengan H1N1 ni. Kerja betul-betul halal sebab kadang-kadang nak letak kepala sekejab waktu kerja malam pun tak sempat. Bila masuk spital tu barulah nampak betapa kritikalnya H1N1 ni sedangkan kalau jalan kat pasaraya semua orang macam relak saja dan tak ada apa-apa yang berlaku.
Sesungguhnya apa yang berlaku adalah sebenarnya untuk menguji kita. Terima saja tanpa sebarang rungutan kerana mungkin ianya sebagai amaran, sebagai peringatan atau sebagai ujian.
No comments:
Post a Comment