Tuesday 11 November 2008

Ayah oh Ayah


Malas amat nak update blog ni. Tengok orang punya blog, bersemangat nak update tapi bila part kita, alahai malehnya. Ini pun jadi terajin sebab nak simpan dalam memori pasal ayah.


Selepas raya hari tu, ayah dah cramp dan tak leh jalan,jadi macam aku hari tu tapi mungkin aku muda sikit dari ayah, aku masih boleh berjalan sedangkan ayah tak leh jalan langsung. Tapi selepas berurut semua, dah ok dah cuma tak sebaik sebelum tu. Dengan umur dah mencecah 77, aku rasa ayah masih dalam keadaan tip top. Kami nanti diumur ayah, tak tau lah samada sihat ke atau dah tak ada dah atas muka bumi ni.


Lepas tu hari tu bawa dia checked darah sebelum jumpa doktor, alahai, sugar dia tak turun walaupun sekarang ni dok makan ubat. Cholestrol pun agak tinggi. Cakap pun dia tak dengar sebab tak leh nak kata apa, dia dah 77 masih sihat, selera makan masih ok. Hari tu bawa dia makan dalam kuali,wah berselera dia makan walaupun sebelum tu dia minta pinggan, tak nak makan dalam kuali.



Lepas jumpa doktor, dia dah kata doktor berleter kat dia sebab dia tak ikut nasihat. Rokok tak nak tinggal. Aku tau dia masih sihat lagi diumur dia tapi cara dia banyak yang tak betul. Susah la nak cakap apa-apa. Serba salah aku. Tak apa lah,janji ayah makan ubat betul-betul.

No comments: