Monday 1 December 2008

Macam biasa, lama betul nak update sesatu entry tu. Macam ada batu berat saja kat tangan ni. Hari ni aku update lagi.

Semalam konfrantasi dengan Aliah, marah dia sebab dok rumah tak reti nak kemas rumah. Cakap elok pun tak jalan, cakap tak elok lagi la tak jalan. Last-last kami tanya dia apa masalah dia sebenarnya. Wah, budak-budak sekarang, tertekan rupanya. Aku dulu walaupun tertekan, tak berani la nak tunjuk perasaan kat mak ayah tapi budak-budak la ni, berani sungguh.

Sebenarnya bagus juga, aku tau apa perasaan dia, apa kehendak dia. Hari ni babah dah tunaikan sikit apa yang dia minta. Cuma satu yang tak mungkin dan tak dapat rasanya aku tunaikan iaitu biarkan dia bebas dengan kawan-kawan dia.Huh, tidak sekali-kali. Jangan harap mama akan lepaskan sayang macam tu. Mama memang boleh percayakan anak mama sebab mama rasa mama dah didik dengan baik tapi mama tak boleh percayakan anak orang lain yang mengelilingi anak mama. Apa yang mama tengok, kawan-kawan anak mama ni memang tak semenggah sikit perangai. Cubalah sayang cari kawan-kawan yang semenggah sikit. Ya, ingat ya sayang, mama tidak akan sesekali biarkan anak mama macam tu saja.

Lagi satu komplen dia, kami tak ada masa untuk dia. Ini aku terpaksa akui sebab bila hujung minggu saja, aku terpaksa kerja. Aku kerja hospital, tempat orang sakit. Orang sakit bukan kira cuti ke tak cuti ke, bila masa sakit mereka atau kita akan sakit. Jadi anytime oncall yang dijadualkan aku terpaksa ikut. susah la nak bagi depa faham benda ni. Itu pun aku bukannya seorang doktor. Kalaulah aku doktor kat sini, alahai, lagi la anak aku tunjuk perasaan. Masa untuk depa memang ada tapi tak banyak. Aku tak boleh senang-senang nak pi berkelah macam dulu, tak senang-senang nak pi ronda-ronda shopping complex macam dulu. Susah sikit sekarang sebab terlalu banyak kerja lab menanti. Kalau cuti banyak, lagi banyak kena kerja sebab setiap hari kami kena kerja 3 orang dan satffnya cuma 7 orang. Kerja berulang-ulang.

Aku ada ceritakan pada sorang trainee kat sini betapa Aliah telah menunjukkan perasaannya pada kami. Aku tau mak dia sebagai PPK kat sini bekerja keras untuk keluarga dia dan aku tau mak dia selalu buat OT. Aku tanya pernahkah dia tunjuk perasaan pada maknya. Dan ya , katanya dulu dia tak faham tapi bila dia dah trained kat lab kami,dia faham kerja kami dan dia teramat kesian kat maknya.Aku harap Aliah akan faham nanti bagaimana mempunyai seorang ibu yang ada kerjaya dalam hospital.

Hari ni agak sebok sebab awal bulan selalunya dengan reten bulanannya, dengan claim OTnya, dengan SKT pun nak kena hantar hari ni. Sample pun banyak nak hantar pi HPP. Hai, tak tau lah apa nak cakap dah. Balik pun lambat sikit. Itu pun sebab cleaner buat projek cuci lab, kalau tak lagi lambat aku balik.Sebelum aku selesaikan semua kerja tu, so tengah rajin, update blog dulu.

No comments: