Wednesday, 26 March 2008

Kita adalah diri kita

Bila aku masuk blog orang lain, aku gelak sendiri.Macam mana aku nak jadi kadang-kadang santai sangat masa tulis blog. Gila.Aku bukan pelawak. Aku tak pandai nak berlawak. Macam mana nak enjoy dengan karangan kat blog ni.Aku cuba bagi rasa seronok dan bersantai tapi rasa pelik la juga sebab aku sendiri tak reti melawak. Hampeh. macam mana nak buat ya.Jadi,jadi lah diri aku. masalahnya, aku sendiri baca pun tak best sebab tak ada unsur-unsur humor yang aku suka.

Semalam babah pergi Putrajaya lagi. Bulan ni saja dah 2 kali. Biasa la, bila babah tak ada, mana seronoknya dunia ni walaupun setakat pi meeting. Aku pun tak tau nak buat macam mana bagi seronok bila babah tak ada.Biasanya bila babah tak ada walaupun sekejab, kecuali pi kerja, aku akan rasa tak seronok. Kalau boleh, setiap hari, setiap masa,aku nak dia duduk depan aku, tepi aku atau paling2 belakang aku, tapi aku nak dia cakap dengan aku.Memang aku tak pro langsung dalam hal ni. Suami bukan pi mana-mana, kerja saja tapi aku dok ngacau juga. Aku cuba bertindak pro, jangan call dia walaupun sekali tapi bertahan setakat 3-4 jam saja. Lepas tu, mulalah aku tak senang duduk, dok ingat kat dia.Haru betul. Aku masih mencuba dan rasanya, la ni kurang sikit dari dulu. Rasanya dulu aku lagi teruk dari ni. He he he , abaikan....

Sat, nak pi main dynomite sat...

Friday, 14 March 2008

Ibu segalanya

Semasa kita kecil, belum berkahwin dan belum punya anak, segala kata-kata ibu kita bangkang dan lawan tetapi bila kita punya anak, kita sedar bahawa ibu marah sebab sayang kita, nakkan kita hidup dengan sempurna dan terbela.

Bila dengar ramai pelajar yang mendapat berderet A dalam SPM, baru aku sedar, semuanya amat menghormati ibu dan ibu segalanya pada mereka. Sayu hati dengan anak sendiri. Mungkin salah ajaran, salah asuhan, anak tidak umpamakan ibu. Beberapa kali airmata mengalir kerana anak ini. Bukan aku doakan yang tidak baik untuknya bahkan segala yang terbaik untuk anak-anak tetapi air mata selalu tak tertahan bila setiap kali aku bercakap, dia berkasar dengan aku. Sedih dan rasa tak dihargai oleh anak sendiri, anak yang ditatang sepenuh jiwa raga, dijaga dibelai. Biarlah asalkan dia bahagia. Kadang2 rasa malas dah nak ambik tahu kerana segala nasihat aku akan dianggap leteran dan segala kata-kata aku adalah kata-kata orang yang bodoh. Tapi as a usual sikap ibu selalu inginkan yang terbaik untuk anak2nya. Ya tuhan, aku dah hilang kata-kata dengan anak ini.

Seakan merajuk juga kerana sebagai seorang yang tidak berpelajaran tinggi seperti babahnya, aku tidak dipandang dan segala kata-kataku tidak diambil berat. Sekarang segalanya terpulang pada babahnya. Dia hanya akan mendengar cakap orang yang cerdik seperti babahnya saja. Biarlah, asal dia bahagia. Aku hanya mampu melihat saja segala kebahagiaan yang cuba digapainya. Anak, sedarlah, tanpa ibu, tidak adanya kamu disini. Mama kecik hati dengan kamu.

Sunday, 9 March 2008

Manifestasi suara rakyat

BN kalah teruk. Jadi kenalah pandang-pandang dan ambil perhatian suara rakyat. Pemimpin terlalu angkuh dengan kuasa dan ralit dengan kemenangan dan kesenangan lantas suara rakyat dipandang enteng. Nah, sekarang apa yang sudah didapati hampir terlepas dari genggaman. wahai pemimpin, dengarlah suara hati rakyat marhaen ini dan jadikan ianya suatu peringatan.

Setelah dinilai dan dikenal pasti, banyak juga protes yang di suarakan dalam pilihanraya kali ini. Entah, cuma satu harapan aku semuga melayu tidak terleka dalam apa-apa hal pun. Jangan sampai tergadai maruah dan tanahair. Itu saja.

Hari ni anak-anak pun dah mula protes, tak nakmakan nasi banyak-banyak, taknak makanan berlemak lagi, tak nak itu taknak ini dan akhirnya stop, malam ni tiada makan malam sebagai tanda semua orang mesti berdiet dengan diet sihat. Esok baru akan masak untuk sarapan dan makan tengahari. Tiada makan malam lagi. he he he, biar semua puas hati.

Sunday, 2 March 2008

Takut

Malam 29/2/08, aku kerja malam.Menghampiri malam, aku semakin takut. Aku mula takut sejak dari lunch call lagi. Balik rumah, tak senang. Hari semakin malam dan akhirnya aku masuk kerja pukul 9 malam. Pegang itu tak kena, ini tak kena hinggakan terasa terketar-ketar.

Hampir 12 tengahmalam, aku ditempat Ramli. kurang sikit rasa takut tapi kerja banyaklah pulak malam tu. Balik ketempat aku hingga kepagi aku tak senang. Pukul 7 pagi lebih baru perasaanku reda sedikit. Semasa menaip ni pun, sisa-sisa perasaan takut aku masih ada. Aku harap ianya perasaan saja. Perasaan,perasaan,perasaan dan perasaan.

Semalam, 1/3/08 balik kampung,hantar ubat ayah dan kopi Radix untuk ayah. Memang ayah sangat suka dengan kopi ni. entah apa yang sedapnya. Mengantuk betul sebab baru lepas kerja malam. Tengok banyak poster parti bergantungan. minggu depan pilihanraya. Harap semuanya berjalan dalam aman.

2/3/08, bangun awal pagi terus buat ciskek untuk kak miah. SMS dia,rupanya masih kat KL. Ok la, aku tak kelamkabut sangat. Pergi pasar pukul 10 pagi. Beli ikan, sayur ,ayam. Balik hantar kat rumah dan pergi pula kampung kastam untuk tengok barang yang masih tinggal. Balik pergi hantar duit kat kak Jah dan ambik lagi RM140 kat dia. Nanti kemudian, bayar.

Balik rumah, rehat sekejab, cadang nak tidur tapi tak tidur pun. Bangun, masak tomyam, goreng ikan dan panaskan sambal udang petai minggu lepas. Abang masih dok gila makan flan dia. Biar sampai dia termuntah sendiri. Selagi dia boleh makan, aku buat saja.

Esok, bermula satu hari baru lagi dibulan 3.Ingatan aku masih pada anak mekna. Kesian budak tu. Aku nak ambik dia dok sini pun tak boleh sebab dengar cerita dia nakal dan aku pula pergi kerja Nanti susah pula budak-budak ni nak tengokkan dia.Bergaduh pula nanti. Itu la, dulu tak fikir panjang, sanggup saja nak terima. Sekarang dah timbul masalah untuk mereka.