Friday 14 March 2008

Ibu segalanya

Semasa kita kecil, belum berkahwin dan belum punya anak, segala kata-kata ibu kita bangkang dan lawan tetapi bila kita punya anak, kita sedar bahawa ibu marah sebab sayang kita, nakkan kita hidup dengan sempurna dan terbela.

Bila dengar ramai pelajar yang mendapat berderet A dalam SPM, baru aku sedar, semuanya amat menghormati ibu dan ibu segalanya pada mereka. Sayu hati dengan anak sendiri. Mungkin salah ajaran, salah asuhan, anak tidak umpamakan ibu. Beberapa kali airmata mengalir kerana anak ini. Bukan aku doakan yang tidak baik untuknya bahkan segala yang terbaik untuk anak-anak tetapi air mata selalu tak tertahan bila setiap kali aku bercakap, dia berkasar dengan aku. Sedih dan rasa tak dihargai oleh anak sendiri, anak yang ditatang sepenuh jiwa raga, dijaga dibelai. Biarlah asalkan dia bahagia. Kadang2 rasa malas dah nak ambik tahu kerana segala nasihat aku akan dianggap leteran dan segala kata-kata aku adalah kata-kata orang yang bodoh. Tapi as a usual sikap ibu selalu inginkan yang terbaik untuk anak2nya. Ya tuhan, aku dah hilang kata-kata dengan anak ini.

Seakan merajuk juga kerana sebagai seorang yang tidak berpelajaran tinggi seperti babahnya, aku tidak dipandang dan segala kata-kataku tidak diambil berat. Sekarang segalanya terpulang pada babahnya. Dia hanya akan mendengar cakap orang yang cerdik seperti babahnya saja. Biarlah, asal dia bahagia. Aku hanya mampu melihat saja segala kebahagiaan yang cuba digapainya. Anak, sedarlah, tanpa ibu, tidak adanya kamu disini. Mama kecik hati dengan kamu.

No comments: