Monday, 26 February 2007

jejari oats


Setelah beberapa lama tertangguh nak buat biskut ni, akhirnya jadi jua. Terimakasih sebab maklang refresh me about this cookies.
Babah ke Langkawi semalam. Pagi ni kelamkabut sikit sebab selalunya banyak benda yang babah buat, hari ni aku nak kena buat. So tercuti lak aku hari ni. Banyak benda yang nak update tapi sebab dah beberapa hari berlalu, aku kena kumpulkan dulu. Ni nak masak dulu. Nanti ada masa aku kat sini balik.

Wednesday, 14 February 2007

Setelah seminggu


Saja-saja rasa nak letak gambar menara KL. Mercutanda ni.
Pejam celik pejam celik, hari ni dah 14 Februari. Aku dah hampir seminggu tak ada on call. Lega. Esok start balik semula.
Hari ni cabut kut. Orang-orang luar dari utara sebut kutu. Entah nombor berapa aku dapat janji dapat. Itu saja. Gaji masuk awal pula bulan ni. 12 hb dah masuk. Prinsip setiap orang tak sama. Aku kalau gaji awal, awallah aku keluarkan. Bayar kereta, bayar itu, bayar ini dan tetap sama dengan orang yang ambik gaji hujung bulan. Mereka bayar hujung bulan. Tapi aku punya prinsip, bayar bila dapat gaji. Tak kira awal atau hujung.Aku tak nak tangguh langsung. ada duit bayar. Itu pun kena kondem. Biar lah. Aku tak kisah orang punya prinsip, kenapa orang nak kisah aku punya prinsip. Aku ambil gaji untuk bayar yang wajib, bukan habiskan semua sebelum cukup bulan. Itu pun nak ambil pot. Bukannya aku minta duit orang dan aku pun tak pernah kehabisan duit sebelum next gaji aku dapat. Orang macam tu pun ada, nak suruh orang ikut dia.Setiap orang punya alasan masing-masing.
Hari ni kononnya Valentine day. Hari untuk orang-orang bercinta dan berkasihsayang nak tunjukkan rasa kasih dan sayang. Dah kering air liur dan berbuih mulut ulama mengatakan, haram menyambut hari valentine kerana itu ajaran nasrani, ajaran kristian tapi media cetak, media elektrik masih lagi membesar2kan perkara tersebut. Bangga sangat ke dengan 14 Februari ni? Kenapa tak bangga dengan hari 10 muharram, hari maulidurrasul dan hari-hari lain dalam Islam? kalau dah tak makan diajar, beginilah jadinya.
Hari ni agak sebuk dan sememangnya aku tak pernah tak sebuk. maklumlah, kerja sendirian. Kalau boleh memang aku nak keluar dari sini. Tunggu saja Mac nanti. Mana tau ada rezeki aku keluar dari sini.

Tuesday, 6 February 2007

Hari FNAC

Setiap hari Selasa memang hari untuk aku bantu doktor diklinik FNAC. Hari ni doktor Siva tiada, doktor Rosita yang melakukan prosedur. Mula agak lambat dari kebiasaan. Tapi habis on time. Petang sambung lagi.Untuk klinik payudara pula. Tak sebok sangat sebab pesakit tak ramai. Hari ni dalam 15 orang saja.

Sebelum tu , petang Isnin tu, kak Miah call aku minta aku tukar call, ambik hari Khamis dan Pah buat hari Jumaat. Sebenarnya aku tak kisah pun tapi depa ada alasan sebab tak mau call staff biochem bertindih. Aku memang mudah mengalah, walaupun aku dah tekad memang tak mau tukar sebab kebetulan babah pun dah call kata dia tak jadi keoutstation. Tapi kesian kat masalah depa, aku OK saja. Ini lah kelemahan aku yang senang dipergunakan orang. Orang tau aku takkan sampai hati menolak. So aku tukar juga call.

Masih lagi mengantuk sebab baru sehari habis kerja malam. Tapi masih boleh kawal diri. Malam ni tidur awal dan bialah, bila tidur awal, pukul 4 pagi aku dah bangun. So sambung, 7/2 pulaklah catatan aku ni.

Monday, 5 February 2007

Tukar call

Hari Isnin, aku kerja petang. Masuk pukul 1 tengahari. Ingat hati nak tukar call untuk hari Jumaat sebab kalau aku call hari Jumaat, aku akan balik Sabtu pagi. Babah akan bertolak ke Hutan Belum pukul 4 pagi Sabtu tu. So dengan rasa rendah hati minta tukar dengan Pah, tapi tak harap sangat sebab aku tau masing-masing ada agenda sendiri.Tak dapat pun tak apa.

Betul, Pah tak nak. Tak apa, tak kisah sebab babah akan singgah dan jumpa aku kat tempat kerja sebelum bertolak. Lagipun aku tak bagitau Pah kenapa aku nak tukar call dengan dia. Segan sebab kalau tukar call mesti alasan suami nak outstation. Macamlah suami kita sorang yang selalu outstation.

Malam tadi juga dengar cerita yang orang-orang kat situ dok mengata aku. Kadang-kadang betul juga kata Mawi, kalau kita terlalu jujur, akan memakan diri kita sendiri dan kalau kita menipu, kita takut balasan tuhan, takut dosa menipu dan mak bapak pun dok larang kita jangan menipu. Balik pagi tadi bagitau babah benda ni tapi kata babah, biarlah orang nak kata apa pun sebab mulut orang memang tak boleh tutup. Betul ke apatah lagi salah, memang orang akan mengata. Tapi aku rasa walau macam mana depa mengata aku, rezeki aku tetap murah sebab aku tak pernah berkira. Aku megaku aku bekerja dengan jujur demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Duit yang aku dapat, aku beli makanan untuk keluarga, aku sedekah untuk orang-orang yang memerlukan dan aku tak beli benda-benda tak betul. Aku percaya, rezeki aku berkat.

Lupakan mulut orang, jaga diri dan keluarga aku. Petang kerja memang tiada masalah dan apa yang aku tak gemar datang bertandang. CSF. Tapi heavily blood stained. OK sebab aku tak perlu buat. Lagipun dia dah datang pukul 8.30pm. Masa aku hampir nak balik dah.Malam, kak Mai ganti. Ok aku chow pukul 9 pm lebih dah...

Sunday, 4 February 2007

On Call


Sambung lagi kerja pagi ni. Pagi tadi bangun pukul 4 pagi, ingat nak buat muffin. malangnya terlupa nak taruh dalam mould dia. Main hentam dalam paper cup, habis herot petot.Anak-anak sorang pun tak minat nak makan. Takkan huduh macam tu nak bagi kat orang walaupun memang isi dia marveles, sedap.
Malm ni masuk kerja pukul 8 malam. Penat sikit tapi tak apa sebab selepas Jumaat nanti kerja malam lagi, aku akan cuti 2 hari, lepas tu Rabu nanti pula baru akan malam lagi.
Balik tadi lapar ya amat. Pedih perut. Tapi teringat pula nak beli kain untuk baju kurung Aliah. Singgah ke kedai kain labu labi untuk beli kain dan terus hantar ke rumah Ana. Terus minta tolong orang kat PPRT untuk tebas rumput kat rumah aku di sana. Kemudian balik dan terus mengadap laksa aku yang paling sedap tu. He he he. Sedap ke?


Saturday, 3 February 2007

Mengantuk






Malam tadi kerja malam. Sebenarnya bukan aku punya pun tapi dah tak ada orang nak buat. Pagi tadi sambung lagi hingga pukul 12 tengahari. Balik pergi pulak Focus Point buat cermin mata untuk Aiman dan Aliah. Mengantuk yang amat tapi terpaksa juga sebab rumah macam semak sikit. Ni dalam ngantuk pun masih dok layan tenet lagi. Sat nanti nak lipat baju dulu.
Masa balik tadi singgah fodcourt carrefour makan mee sizzling. Bukannya sedap pun lepas tu terfikir pula halal ke mee tu ya.

Esok sambung lagi kerja pagi dari pukul 9 pagi hingga 2 petang dan sambung lagi kerja malam, pukul 8 malam ke 8 pagi. haru betul Boleh pengsan aku macam ni. Hari ni macam panas sangat . Tak masak apa-apa pun. Seha hantar assyura tadi. Sedap pula sebab selama ni tak ada pula aku suka asyura tu.