Wednesday 14 February 2007

Setelah seminggu


Saja-saja rasa nak letak gambar menara KL. Mercutanda ni.
Pejam celik pejam celik, hari ni dah 14 Februari. Aku dah hampir seminggu tak ada on call. Lega. Esok start balik semula.
Hari ni cabut kut. Orang-orang luar dari utara sebut kutu. Entah nombor berapa aku dapat janji dapat. Itu saja. Gaji masuk awal pula bulan ni. 12 hb dah masuk. Prinsip setiap orang tak sama. Aku kalau gaji awal, awallah aku keluarkan. Bayar kereta, bayar itu, bayar ini dan tetap sama dengan orang yang ambik gaji hujung bulan. Mereka bayar hujung bulan. Tapi aku punya prinsip, bayar bila dapat gaji. Tak kira awal atau hujung.Aku tak nak tangguh langsung. ada duit bayar. Itu pun kena kondem. Biar lah. Aku tak kisah orang punya prinsip, kenapa orang nak kisah aku punya prinsip. Aku ambil gaji untuk bayar yang wajib, bukan habiskan semua sebelum cukup bulan. Itu pun nak ambil pot. Bukannya aku minta duit orang dan aku pun tak pernah kehabisan duit sebelum next gaji aku dapat. Orang macam tu pun ada, nak suruh orang ikut dia.Setiap orang punya alasan masing-masing.
Hari ni kononnya Valentine day. Hari untuk orang-orang bercinta dan berkasihsayang nak tunjukkan rasa kasih dan sayang. Dah kering air liur dan berbuih mulut ulama mengatakan, haram menyambut hari valentine kerana itu ajaran nasrani, ajaran kristian tapi media cetak, media elektrik masih lagi membesar2kan perkara tersebut. Bangga sangat ke dengan 14 Februari ni? Kenapa tak bangga dengan hari 10 muharram, hari maulidurrasul dan hari-hari lain dalam Islam? kalau dah tak makan diajar, beginilah jadinya.
Hari ni agak sebuk dan sememangnya aku tak pernah tak sebuk. maklumlah, kerja sendirian. Kalau boleh memang aku nak keluar dari sini. Tunggu saja Mac nanti. Mana tau ada rezeki aku keluar dari sini.

No comments: