Monday 5 February 2007

Tukar call

Hari Isnin, aku kerja petang. Masuk pukul 1 tengahari. Ingat hati nak tukar call untuk hari Jumaat sebab kalau aku call hari Jumaat, aku akan balik Sabtu pagi. Babah akan bertolak ke Hutan Belum pukul 4 pagi Sabtu tu. So dengan rasa rendah hati minta tukar dengan Pah, tapi tak harap sangat sebab aku tau masing-masing ada agenda sendiri.Tak dapat pun tak apa.

Betul, Pah tak nak. Tak apa, tak kisah sebab babah akan singgah dan jumpa aku kat tempat kerja sebelum bertolak. Lagipun aku tak bagitau Pah kenapa aku nak tukar call dengan dia. Segan sebab kalau tukar call mesti alasan suami nak outstation. Macamlah suami kita sorang yang selalu outstation.

Malam tadi juga dengar cerita yang orang-orang kat situ dok mengata aku. Kadang-kadang betul juga kata Mawi, kalau kita terlalu jujur, akan memakan diri kita sendiri dan kalau kita menipu, kita takut balasan tuhan, takut dosa menipu dan mak bapak pun dok larang kita jangan menipu. Balik pagi tadi bagitau babah benda ni tapi kata babah, biarlah orang nak kata apa pun sebab mulut orang memang tak boleh tutup. Betul ke apatah lagi salah, memang orang akan mengata. Tapi aku rasa walau macam mana depa mengata aku, rezeki aku tetap murah sebab aku tak pernah berkira. Aku megaku aku bekerja dengan jujur demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Duit yang aku dapat, aku beli makanan untuk keluarga, aku sedekah untuk orang-orang yang memerlukan dan aku tak beli benda-benda tak betul. Aku percaya, rezeki aku berkat.

Lupakan mulut orang, jaga diri dan keluarga aku. Petang kerja memang tiada masalah dan apa yang aku tak gemar datang bertandang. CSF. Tapi heavily blood stained. OK sebab aku tak perlu buat. Lagipun dia dah datang pukul 8.30pm. Masa aku hampir nak balik dah.Malam, kak Mai ganti. Ok aku chow pukul 9 pm lebih dah...

No comments: