Sunday 4 February 2007

On Call


Sambung lagi kerja pagi ni. Pagi tadi bangun pukul 4 pagi, ingat nak buat muffin. malangnya terlupa nak taruh dalam mould dia. Main hentam dalam paper cup, habis herot petot.Anak-anak sorang pun tak minat nak makan. Takkan huduh macam tu nak bagi kat orang walaupun memang isi dia marveles, sedap.
Malm ni masuk kerja pukul 8 malam. Penat sikit tapi tak apa sebab selepas Jumaat nanti kerja malam lagi, aku akan cuti 2 hari, lepas tu Rabu nanti pula baru akan malam lagi.
Balik tadi lapar ya amat. Pedih perut. Tapi teringat pula nak beli kain untuk baju kurung Aliah. Singgah ke kedai kain labu labi untuk beli kain dan terus hantar ke rumah Ana. Terus minta tolong orang kat PPRT untuk tebas rumput kat rumah aku di sana. Kemudian balik dan terus mengadap laksa aku yang paling sedap tu. He he he. Sedap ke?


No comments: