Sunday 25 November 2012

Berjumpa kembali

Lama juga menyepikan diri sebab hari tu tak dapat nak post apa-apa. Masalah. Tapi bila buka hari ni, dapat pula, jadi apa lagi, misi pun bermula. Setelah melalui bermacam masalah dalam kerjaya, pindah sana pindah sini, cukupla, kena redho semuanya sebab apa yang Allah berikan memang amat cantik dah walaupun mula-mula terasa perit.

Tengahari ni MyD nak pergi office. Banyak benda tak siap untuk ISO esok. Masak awal walaupun pagi dah makan roti bakar. Anak-anak nak keluar tengok movie. Mama sendirian dengan bibik tengah iron baju.

 
Makan pagi dan makan tengahari. Oleh kerana makan pagi dah kenyang, makan tengahari kurang la sikit. Tak apa, janji dapat makan bersama-sama.

No comments: