Sunday, 18 December 2011

Entah apa-apa

Hari-hari yang sangat sebok. Entah apa-apa. Pagi tadi memang rancangan nak pi pasar tapi terbangun lambat la pula sebab malam tadi susah nak tidur. Entah jam berapa aku tidur pun tak tau. Sejuk sangat sebab aircond macam tak terkawal pula.

Kesian kat Aiman sebab cuti panjang babah tak boleh bawa jalan-jalan. Babah sebok memanjang hingga tak dapat nak bercuti. Cadang kat babah bawa Aiman makan tutti frutti saja. Kami keluar lambat sikit tadi dan agaknya kami pelanggan pertama kiosk tu. Nasib baik tak ada orang lain. Itulah pertama kali makan kat situ. Main ambik saja dan nak tergelak pun ada sebab kami letak macam apa entah. Apa pun nanti boleh makan lagi. InsyaAllah.

Balik dari situ, singgah TESCO Xtra kat Seberang Jaya. Beli barang dapur. Hasrat hati nak buat Pavlova dan tadi dah ambik segala buah berry untuk kemasaman Pavlova. Hara-harap jadi la dalam minggu ni sebab takut pula rosak buahku yang mahal itu. Mahal sangat-sangat sampai terfikir dua tiga kali nak ambik ke tak. Ambik juga la sebab memang besar sangat hasrat hati nak cuba juga buat Pavlova. Biar orang kata manis tapi aku lebih teruja kemanisan nak memasak Pavlova dari nak merasanya.

Kalau beli barang dapur kat hypermarket kalau tak ada RM500 dalam tangan, tak payah la nak buat shopping besar-besaran. Aku sekarang kerja agak jauh dari kawasan hypermarket dan bila dah ada peluang nak membeli sesekali tu, memang akan beli habis-habisan sebelum ada peluang nak membeli lagi. Makanan semua, ya ampun mahal sangat. Beras dulu boleh dapat rm39, sekarang dah jadi rm 41. Itu baru beras, belum lagi telur, minyak, mentega,keju, roti dan macam-macam lagi. Kalau tak cukup duit ditangan, barang dapur pula banyak yang dah habis, aduh berdebar dah jantung. Harap-harap tuhan murahkan lah rezekiku hingga bila-bila.Ameen.

Beli saja nasi campur kat situ dan terus balik rumah. Huh...penat. Cuti seminggu tak terasa cuti sebab hari-hari pun sebok. esok dah mula kerja semula dan aku gembira dengan hidupku. Alhamdulillah.

No comments: