Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Menjadi ibu yang terbaik idaman setiap ibu. Aku juga begitu. Apa yang ibuku lakukan dulu, yang aku tak suka, tak akan aku ulangi untuk anak-anakku tapi apakan daya, ibu tetap ibu. Padanya mungkin anak tak suka tapi itu yang terbaik yang mampu dilakukan. Semuga anak-anak dapat menerima apa yang mama lakukan. Semuanya mama rasa mama nak jadikan mama sebagai ibu yang mampu mendidik anak dengan baik. Semuga anak-anak mama menjadi anak yang terbaik dan cemerlang, dunia akhirat.

Selamat hari ibu untuk diriku, ibu mertuaku dan ibu-ibu lain seluruh dunia. Jasa mak tak dapat dibalas tetapi sentiasa dalam ingatan dan kenangan selamanya. Alfatihah untuk allahyarhamah bondaku SITI HAWA BT ITAM, semuga mak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Begitu juga diharapkan doa anak-anak untukku nanti.

No comments: