Saturday 11 December 2010

Hujung Minggu

Hujung minngu sebagaimana biasa, semua orang ada kat rumah. Pagi ni plan nak masak nasi lemak, senang dan ringkas. Cuma sayur atau ulam saja tak ada tapi ianya tak merosakkan moodku untuk memasak nasi lemak hari ni. Tara.....nasi lemak mama ni anak-anak...



Hujan dan lembap saja. Sejuk sikit tapi sekejab lagi plan nak keluar. Aliah nak makan kek aiskrim juga. Minggu lepas dah beli untuk dia di SR tapi dia nak juga yang aku buat. Cuba jangan tak cuba sebab resepi cuma dihujung jari. Apa saja yang mereka nak makan, aku akan cuba buat.

Dua tiga hari ni asyik dok bergaduh dengan anak-anak sedara. Nasihat tapi budak-budak sekarang memang tak makan nasihat. Oleh itu wahai ibu-ibu, apabila anak-anak remaja dah mula pandai berFB, tolonglah pantau. Macam-macam boleh berlaku. Kalau rasa tak suka mama menasihat, sila remove nama mama dari friends list.

No comments: