Sunday 12 December 2010

Hujung minggu lagi

Setiap hari Ahad adalah hari yang tak seronok sekali. Babah nak balik, Aliah pun nak balik, nanti next year, abang pula nak balik. Abang masih ada 6 bulan lagi dengan aku. Tahun depan, bulan Jun abang akan balik ke kolej dia semula. Lagi sorang hilang. Harap lepas ni babah akan dapat tukar kesini semula.
Tengahari tadi seperti biasa makan tengahari bersama. Semua ada kegemaran masing-masing dan yang paling semua tak boleh tolak ialah tom yam.

 Ini ialah peria goreng kesukaan Aliah. Sedap ni. Aku pun suka.
 Telur dadar yang aku letak tomato ceri, cili dan daun bawang. Tak letak bawang pun.
 Ikan kerapu 3 rasa sebab Aliah nak makan ni, Sebenarnya kerapu 3 rasa ni aku cuma letak 3 biji saja cili padi yang dipotong kecik sebab takut pedas. Rumah kami ni tak biasa pedas-pedas sangat.
 Tomyam putih ayam. Biasanya aku letak banyak sayur.
Ini ialah puding Anis yang aku ambik resepi dari blog http://aidahomeer.blogspot.com/ 
Bila dah mula makan, berselerak atas meja makan. Kopi memang tak boleh tinggal. Ini tabiat babah yang diikuti anak-anak. Nak makan mesti ada kopi panas.

Ok, selesai cerita makan tengahari ni.Nak cerita pasal sikap pula.

Anak-anak kat rumah ni memang tak banyak cakap tambahan lagi dah besar-besar macam ni. Rumah kami memang sunyi walaupun ketiga-tiganya ada dirumah. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Mereka cuma akan bercakap bila perlu dan bila berada dimeja makan saja. Lain-lainnya mereka susah nak cakap kecuali kami sesekali berkumpul. Kadang-kadang bila aku pergi melawat rumah kawan-kawan, riuh rendah anak-anak mereka bercerita, rasa seronok pula tapi aku faham ini adalah tabiat dan keturunan. Semuanya bawa banyak gen babah yang tak suka sembang. Dia akan sembang untuk hal-hal penting saja. Lain-lainnya, ada la kot dalam dua tiga patah perkataan.

 Tapi semenjak dah beralih umur ni, pengalaman dan pengetahuan pun dah banyak, ada lah juga sesekali dia bersembang dengan ramah tamah dan membebel (kata anak-anak, babah dah pandai berleter la ni). Oleh itu, anak-anak sangat tidak suka kat orang yang banyak cakap. Kalau tanya banyak-banyak, mereka layan tak layan sebab memang aku tau tabiat mereka. Mereka sangat tidak suka dengan orang yang banyak cakap.Aku pun sebelum cakap kena ada mukadimah yang mama memang tak suka nak cakap tapi anak-anak mama yang membuatkan mama terpaksa cakap. Susah betul nak handle budak-budak ni.

No comments: