Wednesday 17 November 2010

Hari Raya

Hari ni hari raya haji. Tak buat apa-apa sekarang. Menunggu babah pulang dari pulau. Sekejab lagi nak balik kampung. Terkenang semasa berada dikampung dahulu, dengan ayah bonda.

Pagi-pagi lepas sembahyang raya, ramai jemaah yang akan datang ke rumah.Rumah kami pula disebelah surau. Sebelum tu kami dah plan nak masak apa. Selalunya menu kami mesti la menu berat seperti nasi, laksa, bihun dan mi atau apa-apa saja yang berat. Lepas tu baru semua akan berbondong ke tempat korban sebab masa tu ayah menjadi imam kat surau tu dan ayah yang akan menyembelih lembu korban.

Raya haji dan raya puasa tiada jauh bezanya cuma raya haji lebih meriah dengan acara korban. Daging masa tu melimpah ruah hinggakan mak siap buat daging salai lagi sebab tak habis makan.Kuih raya pun kami sediakan macam raya puasa juga. Kalau hari raya puasa, raya kurang meriah sebab kebanyakan orang kampung akan berpuasa pada hari raya kedua tapi hari raya haji, setiap hari tasyrik ada kenduri. Best sungguh. Raya puasa lebih meriah pada hari raya kelapan sebab masa tu dah habis puasa enam dan masihku ingat, allahyarhamah emak akan buat ketupat sebanyak segantang dan akan habis sebelum petang.

Selepas mak tiada lagi, raya apa pun dah hilang kemeriahan. Sebab itu, aku sangat sedih kalau anak-anak tak menghargai ibu sebab mereka belum tahu bagaimana rasanya kemeriahan suasana tanpa ibu.

No comments: