Tuesday 19 October 2010

Baca saja lah ya...

Hari Sabtu hari tu memang aku sebok sangat. Babah balik tak pernah nak dok rehat cun-cun kat rumah. Balik saja, esoknya pasti masa habis di atas jalan. Nak buat macam mana kan, bapa dan suami mithali.

Hari Ahad punya lah plan nak masak macam-macam. Apa pun tak jadi kecuali kari daging dan rebung dan pasta untuk Aliah bawa balik hostel. Tak sempat juga sebab pagi memang aku kemas rumah sikit, babah pi pasar, babah balik dari pasar aku siang pula segala apa yang babah bawa balik. Dah pukul 11 pagi. Sedia untuk masak pula. Siap pukul 1 tengahari. Pukul 2 petang siap pula nak pi hantar Aliah pukul 3 petang.

Selepas tu perjalanan pergi dan balik lebih kurang 3 jam. Dah petang sangat sampai rumah mertua. Duduk sekejab saja, kemudian terus balik sebab malam babah dah nak balik ketempat kerja dia.
Penat, penat...selagi babah tak bersama kami semula, beginilah jadualnya minggu demi minggu.

Hari Isnin, semuanya berjalan macam biasa.Balik awal tapi malas nak singgah hypermarket sebab nak lari dari jem. Tak boleh lewat sikit, nanti terlekat dalam kesesakan. Keadaan jalanraya dah semakin kritikal sekarang. Bukan KL saja, Penang pun dah teruk sangat terutama masa balik kerja. Tak sabar nak tunggu cuti sekolah, nak merasa jalan yang agak lapang sikit.

Tadi masa balik, aku terpaksa juga curi masa ke Tesco sebab ada barang yang aku nak kena beli juga. Barang-barang dapur, aku dah beli minggu lepas. Tau saja la bila singgah tempat-tempat macam tu. Habis juga sekeping dua walaupun benda yang nak beli tu tak lah semahal mana.

Pagi esok plan nak masak pulut lemak makan dengan ikan masin. Macam best saja. Lepas raya ni masih lagi belum berdiet untuk kesihatan nih.

No comments: