Thursday 9 September 2010

Selamat Tinggal Ramadan 1431 Hijrah

Hari ni InsyaAllah, hari terakhir kita berpuasa dibulan Ramadan 1431 Hijrah. Rasa sedih, sayu dan macam-macam perasaan lagi yang menghantui diri. Sayang sangat nak meninggalkan Ramadan tapi masa tetap berlalu. Ramadan kali ni meninggalkan banyak kenangan. Musibah tapi penuh kebaikan.


Aku memang merancang untuk mengambil waktu anjal bermula 7.30 pagi dan berakhir 4,30 petang tapi Allah subhanahuwataala telah mengaturkan semuanya untukku. Aku cuma sempat bekerja pada waktu itu dibulan Ramadan cuma 3 hari sahaja. Selebihnya aku berada di rumah sehingga minggu pertama Syawal. Hanya Dia yang tahu hikmah yang diberikan padaku. Cadangku kalau aku balik pukul 4.30 petang, aku boleh mengelak dari kesesakan jalanraya dan dapat sampai awal kerumah. Aku nak masak untuk juadah berbuka. Tapi apa yang berlaku ialah sepanjang Ramadan, aku berada dirumah.


Syawal kali ni tak lah semeriah Syawal tahun-tahun lepas. Rasanya tidak ada pun rumah terbuka yang menjemput kawan-kawan beramai-ramai. Aku hilang mood untuk beria-ia meraikannya. Cuma mana-mana kawan kami yang nak datang dipersilakan. Rumah tidak bertutup untuk sesiapa sahaja yang berniat baik. Silakan lah. Makanan tetap ada. Nama pun hari raya tapi tidaklah semeriah tahun-tahun lepas.Aku masih sakit. Jalan pun masih macam kayu. Keras kaki.Jadi pergerakan masih boleh cuma sedikit terhad. Lagipun segala-galanya aku nak kena sediakan sendirian. Anak-anak dan suami ada cuma aku susah nak lepaskan kerja pada mereka sebab nanti letih mulut nak bercakap dan memberi arahan. Sedikit-sedikit tu ok lah. Itupun kiranya mereka banyak sangat membantu. Terimakasih Aliah sebab tak ada langsung satu perkataan yang membantah pun dari mulut dia walaupun aku potpet potpet.


Pagi ni banyak benda nak diselesaikan sebelum balik kampung malam nanti. Semalam langsung tak buat apa-apa sebab aku kena selesaikan reten bulanan labku dengan segera. Semuanya mengganggu fikiranku. Aku MC dan ada kat rumah tapi rejection rate aku kena buat sebab tugas dan tanggungjawab diletakkan kepadaku. Tak susah tapi cerewet. Main dengan angka dan aku boleh hilang mood juga dengan rejection rate ni.Kalau kat tempat kerja, seharian mengadap angka, aku akan duduk diam-diam dalam bilik dan selesaikannya dan begitu juga kat rumah tapi benda ni memang membuatkan mood aku lari untuk melakukan benda-benda lain. Semalam satu hari masaku terbuang macam tu saja.

No comments: