Friday, 17 September 2010
Raya Lagi
Sebenarnya banyak gambar-gambar raya yang aku ambik tapi macam susah dan lambat saja nak upload, jadi aku letak saja mana yang sempat.
Oleh kerana kami bertolak awal pagi,aku tak nak lah isi kek ni dalam banyak-banyak bekas. Aku nak letak dalam ni dan cadangnya nati boleh terus hidang.
Sebelum balik, snap dulu gambar 3 permata hati yanng dah jadi anak dara dan teruna. Tema kami tahun ni adalah purple.
Sampai rumah ibu mertuaku, ambik gambar dulu dengan mak mertua yang belum berbaju raya lagi sebab sebok kat dapur.
Di rumah ayah bersama ayah dan baju yang aku beli kat dia sehari sebelum raya sebab tak jumpa dengan warna dan kain yang aku berkenan.
Dirumah abang kandungku. Selagi kami berbaju begini, masih lagi hari pertama raya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment