Wednesday 15 September 2010

Kek

Entri untuk raya kali ni aku tulis sikit-sikit sebab banyak benda yang nak ditulis tapi aku tak punya banyak idea untuk menulis dengan karangan yang panjang, jadi mana saja yang terlintas masa tu, aku tulis saja. Sehari sebelum Aidilfitri, aku memang merancang nak buat kek . Cadangnya cuma 2 jenis. 1 kek coklat dan satu lagi kek karot tapi sebelum balik mak mertua called nak pula kek gula hangus. Maka jadi lah 3 biji kek. Aku bahagi saja lah sorang sikit untuk 3 buah rumah.

Agak sebok juga masa petang raya dengan kek-kek tu semua sebab aku memang ambik masa dari pukul 3 petang dengan masak untuk buka puasa lagi, dengan kek lagi, dengan nak balik lagi malam tu. Rancangannya pukul 9 malam nak bertolak balik kampung. Akhirnya esok pagi selepas solat subuh, baru kami bertolak.







No comments: