Saturday 26 June 2010

Sambungan soft skill



Hari kedua kami berkumpul dalam dewan sebelum lapan pagi. Setiap pagi kena menari chicken dance, senaman sikit, poco-poco dan aerobik. Malam semasa tidur, sakit sangat sendi tapi bila pagi saja, rasa cergas dan semangat melonjak. Masa ni lah time untuk downgrade umur. Jadi macam budak-budak semula.

Setiap kali soalan ditanya dan dijawab, point akan diberi dan penambahan dengan sebiji epal. Macam-macam aktiviti dan semuanya melibatkan kecergasan fizikal.Bagi kumpulan yang mendapat point tertinggi akan mendapat sebiji bintang dan paling rendah akan mendapat sebuah mangkuk. Kumpulan kami sebagai kumpulan 1 tidak mendapat sebiji bintang dan sebuah mangkuk pun sebab dari tugasan pertama hingga hari kedua, kami berada ditempat kedua.

Berhenti rehat untuk lunch dan sambung dengan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan. Kami sebenarnya tak tau pun apa tugasan seterusnya tapi semuanya melibatkan ahli dalam kumpulan. Semalam fasi kami nak kami tidur diwad untuk malam ini. Hati berdebar-debar dengan tugasan seterusnya.

Pukul 8 malam, kami dikehendaki habiskan tugasan yang diberi pada waktu petang. Panjang juga presentation masing-masing sebab pukul 2.30 petang tadi kami dikehendaki menemubual pesakit luar, pesakit dalam dan staff sendiri tentang tahap kepuasan dengan pihak yang terlibat dengan mereka.Tugasan berlarutan hingga 12 malam dan pukul 12 malam juga kami diberi tugasan baru.

Alahai, kami dikehendaki membuat pelamin untuk tugasan pukul 8 pagi esok. Bermakna kami terpaksa selesaikan malam ni juga. Maka berusahalah kami membuat pelamin hingga pukul 3 pagi. Nasib baik dalam kumpulan kami ada seorang ahli yang yang kreatif. Zura. dialah yang merancang dan yang lain-lain menyelesaikannya. Kalau bagi kat aku, boleh juga tapi tak akan secantik yang zura buat.

24/6/2010
Kami tidur dalam pukul 3 lebih. Aduh, sakit badan sungguh la. Macam dah tak bermaya esok nanti. Pukul 6 pagi aku bangun untuk solat tapi dengan sakit kaki sangat. Rasa macam tak sanggup lagi nak menghabiskan hari terakhir hari ni.

Tapi bila jejak aja kaki kat dewan, dimulai dengan doa dan al Fatihah, dan kemudian chicken dance, aerobik, poco-poco, segala kesakitan hilang. terus bergerak hingga muzik tamat sebab semasa kami mempersembahkan acara melibatkan pelamin, muzik dimainkan tanpa henti. Memang happening sangat-sangat tambahan lagi hari ni hari terakhir. Ramai dah tak sabar nak balik.

Acara kami berakhir pukul 1 tengahari lebih dah. Aku tak ambik lunch dah, terus kemas baju dan balik sebab babah dah tunggu lama dah kat bawah.

Pada aku soft skill ni sangat bagus untuk staff terutamanya untuk staff baru tapi yang pentingnya walau sebanyak mana pun kursus yang kita ikut tapi jika sikap kita tidak berubah, kursus semuanya tidak memberi sebarang makna. Ingatlah, jika kita ditempat orang yang kita telah kecilkan hatinya, bagaimana perasaan kita. Sebab itu cubalah bekerja dengan jujur dan ikhlas demi sesuap rezeki yang halal. Amin.

No comments: