Wednesday, 16 June 2010

Selamat Tinggal

Kami telah sampai ke rumah setelah beberapa hari di Pulau Indah, tempat kerja babah. Ini adalah rumah tempat tinggal kami semasa disana. Sebuah rumah besar yang mempunyai 5 bilik dan cuma dihuni 2 bilik dengan setiap bilik ada 3 biji katil bujang. Bilik ada pendingin hawa, ada dapur dan 3 bilik air. Besar sangat untuk kami 5 beranak. Aku tak tau sebenarnya harga sebenar sewa untuk semalam sebab ianya adalah perumahan kastam, tempat kerja babah dan ianya dibuka juga sebagai homestay kepada bukan anggota kastam pun yang bercuti ke pulau Indah dan inginkan suasana tempat tinggal seperti dirumah. yang pentingnya kalau menyewa satu bas pun rumah tersebut amat selesa.































Perjalanan balik amat tenang tapi kami dikejutkan dengan speed trap. Babah dah kena. Aku pun tak tau tapi sebenarnya dia tau yang kawasan tersebut memang selalu ada speed trap. Aku senyum saja sebab benda ni dia dah tau dia akan kena. So, entah apa yang mereka cakapkan kat luar,aku tak tau. Dan akhirnya, dia kena...ha ha ha itulah dah tau, buat juga.

Sampai rumah, aduh lapang rasa hati. Babah cuma bawa kami untuk tengok tempat kerja dia saja supaya kami dapat bayangkan apa yang akan diceritakan kat kami nanti kami akan faham. ya lah babah, mama dan anak-anak akan faham nanti. Arief Akmal Fauzi tak nak duduk rumah sewa babah sebab kawasan tersebut memang sunyi yang amat. Perumahan kami tinggal pun macam tempat tinggal bunian, kata Aliah. Memang tersangat sunyi. Sesuai untuk orang-orang yang mmemerlukan kedamaian dan ketenangan. Tak nampak sorang manusia pun berkeliaran kat situ sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan perumahan. Budak-budak pun tak ada. Babah kata kalau tinggal kat situ kena bawa keluarga, kalau tak memang bengang. Kesian babah, nanti isi borang transfer ya.

No comments: