Di sini perjalanan lancar dan selesa kecuali terpaksa bersaing dengan lori kontena. Tiada hiruk pikuk bunyi bising samada dari manusia atau kenderaan. Cuma yang kedengaran ialah bunyi burung merpati diatas siling rumah tumpangan kami. Mungkin juga kami datang semasa cuti sekolah, keadaan lebih sunyi.
Semasa perjalanan kami ke rumah sewa babah, jalan juga sunyi. Kawasan perumahan di dalam dan diluarnya seolah-olah kita tidak terfikir ada penempatan didalam.Sesuai sungguh kawasan ini untuk orang-orang yang sukakan ketenangan dan jauh dari suasana bising.
Patutlah ada kawan babah mengatakan babah tinggal dikawasan .....Kesian babah. Tapi babah juga selalu menyatakan bahawa bukan tempat yang kena sesuaikan diri dengan kita, tapi kita yang kena sesuaikan diri dengan tempat. Alhamdulillah kerana dia sentiasa berfikiran positif
No comments:
Post a Comment