Saturday 19 June 2010

Ehem, alahai lah aku...

Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah Sabtu semula bermakna cuti aku cuma tinggal satu hari saja lagi. Aliah masih belum habis beli barang. Hari ni keluar lagi beli baju T dan seluar track pula. Aku pun ada agenda juga. Terimakasih babah.Setiap kali keluar mesti poket pun rabak. Bulan ni memang kami guna banyak sangat duit. Sekaligus. Tapi walau apa pun, InsyaAllah kalau apa saja yang kita buat kerana Allah, tuhan akan dorongkan rezeki untuk kita walau dari mana sekali pun.

Hari ni juga aku buat kerja bodoh. Masa bank in duit Aliah guna cash deposit kat bank, aku dengan selamba badaknya suruh Aliah masukkan kad bank dia kat dalam mesin deposit tu. Habis tu dengan muka selambanya, aku bagitau Aliah nanti kita boleh tengok baki. Selepas beberapa minit tersedar dari lamunan, ya Allah, aku silap rupanya, nak tengok baki kena lah tengok kat ATM mesin, mesin keluar duit. Bila aku cakap macam tu, ternganga dia dan aku tau dia memang salahkan aku. Kad dia kena telan. Aduh, dah la bank islam tu tak ada buku bank. Boleh ke kita ambik duit dari bank tanpa buku akaun? Hari Isnin ni dah la kawan dah nak pi kolej dah, aduh...macam mana ya?

Nasib baik kat tangan dia masih banyak lagi baki yang saudara mara bagi. Boleh la belanja sementara nak dapat kad dia balik nanti dan nasib baik juga aku tak minta dia masukkan semua duit dia tadi. Erm, alahai, kenapa lah dengan aku tadi. Sebenarnya lojiknya memang tak sepatutnya pun benda tu berlaku.

Selepas selesai semua kerja tadi dan hantar babah ambik kereta dia kat bengkel, kami terus balik. Aku mengantuk sangat sebab rasa macam letih sangat tapi balik rumah, hampeh, tak ada pun nak tidur. Terbeliak biji mata sampai sekarang.

Semalam beli krim nak buat aiskrim tapi sekali lagi aku buat kerja bodoh. Masih dengan Aliah. Budak tu apa lah yang dia tau. Bila aku suruh, dia akan buat. Dah beli krim, pi letak pula kat tempat beku. Lepas tu bila keluarkan tadi, krim tu dah tak nak jadi krim dah. Dah jadi ketul-ketul dan terasing pula dengan air. Dah la aku beli kotak besar. Sekali lagi hampeh la. Tapi aku cuba juga buat aiskrim walaupun masa pukul tadi dia tak nak gebu. Aku masukkan saja krim yang aku pukul dan tak nak gebu tu kedalam bancuhan susu, gula dan coffeemate. Nanti selepas separuh beku, aku akan pukul lagi sampai gebu. Aku nak tengok jadi ke tak aiskrim aku tu walaupun krimnya tak gebu.Cuba juga selagi boleh, cuma aku kesiankan si Aliah sebab dah lama dia minta aku buat aiskrim dan bertangguh-tangguh. Ada juga resepi yang gunakan coffeemate dan susu sahaja tapi aku nak juga cuba yang ni dulu. Doakan saja aiskrim aku menjadi walaupun krim tak gebu.

Esok hari bapa. Terimakasih kepada babah yang menjadi bapa yang baik pada anak-anak. Semuga babah akan terus menjadi bapa yang baik buat selamanya. Anak-anak dan aku juga amat sayang dan hormatkan babah. Mereka lebih suka bercerita dengan dia dari dengan aku, emaknya sebab aku selalu merapu dan bagi jawaban tak masuk akal bila mereka tanya soalan, sebab tu mereka malas nak tanya aku. Tapi tak apa, mereka masih punya bapa yang baik dan sabar melayan kerenah dan menjawab soalan-soalan yang kadang-kadang aku malas nak layan.Terimakasih babah.

No comments: