Hari ni pergi kerja macam biasa. Segala urusan Aliah dah selesai. Bangun pukul 5 pagi, siapkan sarapan untuk anak-anak. Bertolak awal sedikit dari biasa. Hari Jumaat, masa kerja lebih pendek dari biasa.Selesaikan kerja-kerja yang belum selesai.
Pagi, sampai saja, terus cari kak Jah dulu. Chitchat dulu dan terus sambung kerja. Tengahari, masa rehat macam ni selalunya masa babah ada kat sini, kami keluar dating tapi sebab dia tak ada, aku malas nak kemana-mana. Tunggu saja masuk 2.45 petang nanti.
Petang pula kami ada pemeriksaan inventory dan aset. Alhamdulillah, semua ok sebab aku dah bersedia dengan label-label tu dah lama dah. Tiada masalah langsung.
Masa balik itu yang masalah.Kami mula jem sejak dari jalan masjid negeri lagi. Aku betul-betul bosan menghadapi keadaan macam ni. Rasa macam nak balik lambat saja tapi takut nanti lagi lambat, lagi teruk jalan jem. Penang memang tak akan selesai dengan jem samada cuti sekolah atau tak. Sama saja. Walau apa pun, dapat juga sampai rumah sebelum 7 malam. Itu dah cukup baik.
No comments:
Post a Comment