Wednesday 2 June 2010

Anak-anak

Pagi ni dah melepasi 1 Jun. Baru lepas makan sahur. Alhamdulillah, biskut cream crackers pun dah banyak memberikan tenaga untuk seharian nanti.

Pagi-pagi bila bangun, menjelajah blog orang lain, mencari idea untuk masak kat anak-anak. Pagi ni nak goreng bihun putih untuk Aiman dan abang sebab Aliah pun puasa juga.Susah sebab masing-masing dengan kegemaran masing-masing. Abang nak makan benda yang kurang berminyak, Aiman tak suka makan pedas begitu juga Aliah. Kadang-kadang bila dengar kawan-kawan cerita tentang anak-anak masing, makanan kesukaan teenagers kebanyakannya sambal tumis tapi di rumah ni sambal tumis adalah benda terakhir yang akan aku buat. Itu pun kalau masak nasi lemak. dah terlekat difikiran mereka, sambal tumis, ikan bilis hanya makan dengan nasi lemak. Kalau buat sambal tumis untuk makan tengahari atau tanpa nasi lemak, hmm tak disentuh langsung atau sedikit sahaja yang lakunya.Begitu juga dengan sambal + petai. Kalau abang, bising sangat sebab nanti bau petai menyumbat hidungnya.Susah juga. Kadang-kadang kehilangan idea nak masak apa. Masak lemak, kari, masak asam,asam pedas, tumis atau biasa, singgang, namakan apa saja, bukan kesukaan mereka. Cuma yang aku sedar dan tau ialah bila makanan berkenaan ada cis atau ayam. Ayam pula, goreng sahaja. Memang rasa macam senang tapi susah sebab ayam goreng pula nak yang panas-panas. Sejuk tak nak. Mana aku ada masa nak goreng ayam panas-panas. aduh..anak-anak....

Kami dah dapat sesuaikan diri dengan ketiadaan babah pada hari-hari biasa. Anggap saja babah pergi meeting atau kursus. Lagipun sejak dulu babah memang selalu outstation. Tiada masalah since abang dah balik duduk rumah. Abang akan mula latihan bulan Julai nanti. Nasib baik juga apa yang dah diaturkan memang tepat. Abang balik rumah, babah transfered dan Aliah pula sambung belajar dan akan dok hostel. kalau babah pergi, abang tak balik dan Aliah pula dok hostel, bermakna tinggal aku dan Aiman saja kat rumah. Itulah saja yang aku ada.Terimakasih dan Alhamdulillah, tuhan kurniakan aku anak-anak yang baik dan mendengar kata walaupun sesekali angin degil mereka datang tapi mereka tidak membantah pada benda yang tak sepatutnya.

No comments: