Friday 23 April 2010


Selepas beberapa kali berulang alik ke pulau dengan menggunakan feri, aku dah cekap, semakin relax dan hari ni lagi selesa. Harapan aku perjalanan selepas ini semakin lebih selesa.

Babah dah pergi report duty hari ni.Semuanya untuk kesejahteraan keluarga juga dan aku reda atas segala-galanya. Tuhan tidak memberi kebaikan atau keburukan pada hambanya tanpa sesuatu sebab dan semuanya berlaku atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, tuhan maha kaya.

Sekarang ni durian merata-rata. Rumah kami pun tak terkecuali. Alamak, semalam kereta aku penuh bau durian, nak termuntah, sikit-sikit bau memang la sedap tapi kalau dah penuh satu kereta bau durian, memang teramat teruk. Lepas tu, keluar kereta, ada pula perfume bau durian.

Semalam masak pulut untuk babah makan dengan durian. Ya Allah, teringinnya aku tapi sabar.Anggap saja ianya tak baik untuk kesihatan aku.

2 comments:

Nabilatul Huda said...

Waahh..Tahniah!Tahniah...Dah berani dah ...Cik Abang keja kat mana Kak Yatie....Yalah bagus le berfikiran positif camtu...Berhijrah utk kebaikan semua...

Hayati said...

Terimakasih sebab bagi lebih semangat. Husband kak yati transfer port klang.