Monday 26 April 2010

Nak kurus

Gambar ni diambil pada 24/4/2010. Latest gambar setelah turun 6 kg dari berat yang semakin naik.Sejak pindah, aku naik lagi 5 kg.Turun 6 kg tak adalah banyak sangat sebab berat yang patut aku turunkan adalah berpuluh kg tapi ok lah dari tak turun langsung.



Dalam proses menurunkan berat badan. Aku sedang berusaha bersungguh-sungguh selepas bertahun-tahun mengalami masalah berlebihan berat badan hinggakan sekarang ni dah jadi obes. Dari berat yang tak sampai hinggalah keberat terlebih. Terimakasih untuk babah sebab sentiasa memberi sokongan walaupun sokongan tu nak tambahkan berat badan apatah lagi nak turunkan berat badan.

Kalau aku nak makan, anytime dia akan carikan makanan untuk aku dan begitu juga kalau aku nak kurus, dia akan beri sokongan moral dan wang ringgit sekali. Pastinya aku tau dia lebih suka aku kurus dari aku gemuk.InsyaAllah, mama akan usahakan sungguh-sungguh kali ini. mama dah tak larat lagi dah dalam keadaan terlebih berat ni.Pakaian susah nak cari, orang keliling suka compare mama ngan babah sebab mama terlebih besar sedangkan babah comel saja, makan kat kedai makan selalu takut nak duduk kalau kerusi jenis kaki lembik dan macam-macam lagi. Mama nak kurus sangat-sangat atas alasan kesihatan. Dah tak larat lagi tanggung sakit lutut sampaikan nak solat pun susah.

Minggu depan nak jumpa doktor. Hari tu dah pi buat blood test. Entah macam mana result pun tak tau, main tinggal saja kat lab. Takut pula nak tengok result, bukan apa takut resultnya tak cantik, sure jumpa doktor kena marah nanti. Berat badan pun tak leh naik, kalau naik nanti kena sound la aku.Huh, macam-macam la dok fikir ni. Minggu depan buah hati pengarang jantung aku dah nak pergi jauh dari aku pula. Macam-macam.

Besar lah harapan aku selepas 3 bulan aku akan mendapat berat yang benar-benar aku hajatkan. Mari kita turunkan berat badan.

4 comments:

Pnut said...

kak, share ek camner nak turunkan berat tu..sy ni lps stop herba life, tak konsisten diet, berat mmg naik..saya kena turunkan balik at least 10kg

Nabilatul Huda said...

Ya..sokong penuh usaha..Mah skrg pun sdg dalam usaha keras nak turunkan berat badan..Selepas anak2 dah besar ni..susah betul nak kurus balik...

Hayati said...

pnut, kak yati akan share nanti bila agak-agak dah turun 20kg macam tu. selagi tak turun rasa macam tak konfiden nak bagi tau orang.

Hayati said...

Terimakasih mah. Pada kak yati sebagai orang yang gemuk ni tengok berat mah memang macam tak ada masalah, macam dulu juga tapi mah sendiri tentu dapat rasakan dulu dan kini kan? Tapi apa pun, setakat mana kita boleh usaha, usaha lah. InsyaAllah berjaya.