Sunday 28 March 2010

Apa aku buat hari ni

Pagi tadi bangun awal. Ingat nak trim pokok semlam tapi rasa macam nak kemas fridge dulu la. Bila kemas fridge saja, terjumpa pula macam-macam nak kena buang dan masak sebab sayang. Itu bahagian freezer. Tak godek lagi tempat lain. Soa aku masak saja apa yang boleh aku masak menggunakan bahan-bahan yang hampir nak expired. Sayang pula kalau tak guna.

Lepas masak lauk, teringat pula nak buat orange kek sebab semalam beli orange. Tengok resepi rupanya kena guna orange juice tapi kat rumah ni secamca oren jus pun tarak. Last-last jadi pulak butter cake. Tak apa lah, janji cita-cita aku nak buat kek hari ni berjaya akhirnya.

Kemas dapur tak habis-habis. Buat itu, buat ini. Sekejab lagi ni nak ada upacara paku memaku dinding pula, nak lekatkan apa-apa yang patut kat dinding yang kosong dah 2 tahun lebih dah ni. Pagi tadi babah dah selesai kemas kat luar. Cuma kerja aku yang belum selesai. Nanti sekejab lagi ada lah kerja nak dibuat.

3 comments:

Rozy said...

dap...dappp.. butter cake....
yummehhh!!!!

Unknown said...

Wah! Banyaknyer aktiviti...
Lama tak makan butter cake... tetiba rasa mcm nak buat pulak hehehhe

Hayati said...

Rozy dan jemari- Buatlah butter cake tu. Senang saja. Kak yati dah masukkan resepi dalam facebook sana.