Sunday 7 February 2010

Sebok

Minggu lepas memang minggu yang amat sebok. Esok belum tentu lagi. Kami sedang kemaskini dokumen untuk akreditasi. Awal tahun, meeting unit, meeting jabatan, indent barang, CME hospital, CME jabatan, Cme unit dan macam-macam. Jumpa juga dengan matron Hasnah, meniupkan semangat untuk lebih berjaya, InsyaAllah. Terimakasih kak Hasnah.

Sebok lagi dengan keadaan suhu yang amat panas sekarang. Dunia semakin panas, panas dengan dosa-dosa manusia yang pelbagai. Makin banyak benda-benda pelik yang berlaku. Entah. Kadang-kadang macam tak nak baca suratkabar, tengok TV, dengar radio tapi nanti tak tau perkembangan dunia pula.

Sehari-hari macam cepat saja masa berlalu hinggakan rasa macam tak sempat itu ini. Hari ni babah kemas rumah. Susun atur kerusi kat ruang tamu. Kononnya petang ni nak keluar tapi sebok pula aku habiskan projek yang tertangguh bertahun-tahun. Akhirnya berjaya juga aku.. Terimakasih juga untuk moknik sebab meniupkan semangat.

Entah apa lagi yang akan disebokkan esok, lusa dan seterusnya....

2 comments:

soulha,cairo said...

Salam kak yati..singgah2 nak dengaq apa yang akak dok ceghita..smbang pasai novel nie sue pun suka..tp sjak dok sini...lama dh tk baca novel melayu dh ketinggalan bnyk dh..tp klu jumpa yg student2 bawak mai..haa..anak tk ingt dh..he3..

esok ingt nk pie cari buku kot2 ada sngkut novel melayu ker..kt sini tngah ada pesta buku sedunia tiap2 tahun pesta nie..klu novel omputeh bnyklah..murah2 plak tu..sue dok layan kt tempat buku2 lama jer murah pun murah..kdang nasib baik novel lama bahasa melyu mcm pak hamka pun ada..siap cetakan bahasa pun lama2..wow leh buat duit..kira klasik ler..he3..

klu akak minat novel BI lama..bgitau ler kot2 ada..boleh tlng carikan.

Hayati said...

Salam sue, lama dah akak tak jengok akak punya blog. Tak ada mood nak update. Malam ni baru masuk.

Akak suka juga novel Hamka hinggakan sanggup cari dimana saja apa yang akak minat. Sekarang ni member tengah dok promote buku Ramlee Awang Murshid. Akak dah beli dua buah tapi belum ada masa nak baca lagi. Sekarang ni macam akak cerita memang sebok sangat dengan ISO dan akreditasi. Nak renew, tambah SOP dan macam-macam lagi. Stok pun nak kena kira balik semula, test baru pun bertambah. Itu yang tak boleh nak fikir sangat apa yang nak ditulis kat blog ni.

Esok ok la sebab dah start cuti raya cina. Boleh relax otak sikit.Kenduri pula setiap hari. Macam ni lah sue kalau dok tempat kita.

Terimakasih sue offer akak nak tolong cari buku. Akak pun tak terfikir la sue.Terimakasih lagi sekali.