Saturday 2 January 2010

UTI

UTI= Urinary tract infection.
Sekali kena, aduh sakitnya. Rasa nak ke restroom tapi sikit aja yang keluar lepas tu sakit lagi. Nak lagi kesitu. Aku dah kena UTI sejak dari 26/12 hari tu lagi tapi selepas satu hari, ok la pulak. Hari ni jadi balik. Aduh, siksa juga rupanya kena UTI ni. Tak tahan aku terus ke hospital tadi ambik ubat tapi doktor pula tak boleh bagi aku ubat tu sebab walaupun ubat tu dalam kategori list B tapi casualty tak boleh sign ubat tu. Jadi terpaksa aku beli kat farmasi. Nasib baik farmasi masih ada yang buka lagi. Ingatkan semua farmasi tutup pukul 6 petang pada hari Sabtu.

Aku juga buat test urine FEME tadi. 4+ wbc, 4+rbc, positive nitrate, positive ketone( Kurang minum air juga salah satu punca UTI), grossly turbid walaupun masih lagi straw color. Aduh, memang aku tak pernah mengalaminya. Kalau sesiapa mengalaminya, mintalah ubat URAL kat doktor sebab selepas aku minum 2 paket, sakit dah kurang sikit. Satu kotak ada 15 paket dan harganya RM15. Bukan apa, UTI ni perkara biasa berlaku dan sekurang-kurangnya kita ada persediaan bila ianya berlaku.

Ok, habis cerita UTI. Aiman hari ni tak sihat. Babah juga asyik batuk-batuk. Malam ni aku beli saja McD chicken poridge sebab tak sempat nak buat. Bila balik Aliah pun rupanya nak juga bubur nasi tu. Aku dah janji, esok aku akan buat bubur nasi tu untuk semua orang termasuk aku. he he he.

Bas sekolah Aiman pun aku dah dapat tadi. Tapi awal la sangat. 6.15 pagi dah bertolak. Tak tau lah macam mana budak tu nanti. Nak minta kakak hantar pun aku tak berapa nak harap sebab pagi-pagi sebok dan kakak pun bukannya berapa cekap sangat. Aduh, macam mana ni...

No comments: