Friday 1 January 2010

Salam Tahun Baru

Bangun dengan azam baru, sepatutnya aku dah mula sejak tahun baru Hijrah hari tu tapi keadaan tak mengizinkan. Aku juga tak boleh puasa sunat 1 Muharram walaupun hati ingin sangat nak melakukannya dan 10 Muharram pula aku tiada disini. Keadaan semuanya dah ditentukan Allah Taala. Jadi Alhamdulillah. Aku masih hidup lagi, sihat lagi dan hari ni masih lagi dapat menulis blog. Aku bersyukur dengan kurniaanmu ya Allah.

Ok, kita teruskan cerita. Semalam bersama-sama Aiman daftar diri untuk form 1. Mulanya memang dia tak mau sangat sekolah tu. Sedih sampai tak nak makan. Aku pun rasa susah juga sebab sekolah tu agak jauh. Tapi selepas dia dah ke sana semalam, nampak macam ok saja. Sekarang aku cuma nak cari van atau bas sekolah untuk dia berulang alik ke sekolah. Alhamdulillah juga sebab dia dapat kelas pertama dan katanya cikgu kelas dia saja yang lelaki, yang lain semuanya perempuan. Dia ni agak ortodoks sikit dan selalu merasakan lelaki lebih baik dari perempuan hinggakan ada satu ketika dulu dia tak nak naik kereta aku atas alasan aku perempuan. Sekarang dah ok bila dia tengok setiap hari aku bawa kereta dan ramai pemandu wanita atas jalanraya. Aiman memang macam tu.

Aku masih lagi belum ada planning apa yang nak dibuat selepas ni sebab hari ni hari kelepasan am jadi aku berikan sedikit kebebasan untuk diri sendiri bersantai. Sekejab lagi nak buat breakfast dan mengemas dulu.

2 comments:

soulha said...

salam kak yati..selamat tahun baru..moga jari akak tu semakin sembuh yer....

sue masih kt cairo lg nie..ntah ler asyik delay jer..agaknya mesir sayng lg kt kitaorng kot..klu balik nanti,balik terus..mmg sayang nk tggalkan mesir nie pun..he3..

Hayati said...

laaaa, akak ingat dah balik. Tak apa lah, ada hikmahnya tu yang kita belum tau. Jari kak yati masih lagi bengkak. Heran juga sebab tak surut-surut pun. Agaknya nak kena urut ni.