Sunday 3 January 2010

Catatan Perjalanan 2

Penerbangan dari KL ke HCM city mengambil masa 1 jam 55 minit atau senang cakap 2 jam. Rombongan kami melepasi imegresen dan kastam Vietnam yang, fuh, masam dan tak mesra pelanggan langsung.Aku cakap sikit pun dah marah sebab bising. Puncanya aku minta salah sorang ahli rombongan kami pergi beratur kat kaunter lain sebab mereka buka kaunter yang banyak. Boleh dapat satu kaunter sorang tapi dia pi beratur belakang aku. Itu pun dia nak marah. Semua kena senyap dan masam. Agaknya la...
Ini ialah kaunter dalam. aku pun tak perasan ni kaunter apa tapi masa kami sampai ni memang dia orang sebok dengan sambutan menjelang 2010.


Dalam kawasan airport HCM city. Lelaki berkemeja lengan panjang biru tu adalah Mr. Woon, tourist guide kami. Lepas melalui kaunter imegresen dan melepasi semuanya kat airport tu, kami keluar untuk menaiki bas. Bas dah siap menunggu untuk membawa kami ke destinasi pertama.

Selepas keluar dari kawasan airport, aku snap gambar ni. U turn patah balik ke airport. Pembangunan Vietnam tak jauh beza dengan kita dari segi prasarana jalanraya.
Kami terlebih dahulu diberi penerangan oleh ketua rombongan iaitu Pengarah Urusan Kembara Riadah Travel and Tour, Tuan Hj. Muzammil. Kami diberi penerangan sedikit sebanyak tentang Vietnam dan yang paling ditekankan pada kami betapa sukarnya nak cari makanan halal kat sini.

Masing-masing terdiam dalam bas dalam perjalanan keluar dari airport menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Kami dibekalkan sorang sebotol air mineral Vietnam jenama seperti dibawah. Aku tak tau kenapa jenama ni begitu popular seperti jenama kebangsaan pula sebab kat sana aku tengok banyak jenama macam tu.

Pemandangan pertama kat sana, motosikal sungguh banyak. Beribu-ribu mungkin atas jalanraya di Vietnam. Dimana-mana ada motosikal. Kereta ada juga tapi tak banyak macam tempat kita.
Paling ketara sangat-sangat ialah mereka sesuka hati bawa motor, dimana ada ruang, dimana ada lorong, dimana ada jalan, mereka masuk saja. Tak ada undang-undang, tak ada polis nak ambik tindakan, tak ada pun kemalangan. Masing-masing tahu membawa diri. Naik motosikal berapa orang pun tak apa, selagi muat tapi yang bestnya semua pakai topi keledar. Aku tengok kalau 5 orang satu mostosikal, 5 orang pakai topi keledar. Orang Vietnam semua kecik. 4 hari aku disana, sorang pun aku tak jumpa orang Vietnam yang terlebih berat. Comel saja semuanya. Mungkin faktor pemakanan kot.
Aku tak tau ini samada polis atau apa tapi fungsinya cuma memerhati. Tak ada pun buat apa-apa. Berdiri memerhati. Jalanraya Vietnam tak ada garisan putih ditengah. Tiada pun garisan kuning. Buatlah U turn sesuka hati. Tiada siapa yang larang. Garisan putih cuma dibuat diatas lebuh raya. Tiada tol walaupun sepanjang mana pun lebuh raya tersebut.
Kadang-kadang aku confuse, jalan sehala atau dua hala. Mereka bawa motor atau kereta tak tau mana jalan kiri dan mana jalan kanan. Mereka menggunakan pemanduan kiri. Confuse betul aku tengok. Elok-elok memandu, rasa nak buat U turn, pusing saja mana mau.

No comments: