Sekarang aku kat Vietnam. Dah beberapa hari tinggal rumah dengan jadual lawatan yang padat. Line telepon pula tak boleh pakai. Tak boleh nak contact anak-anak. Nak masuk facebook pun kat sini kena sekat. Ni pakai hotel punya computer. Aduh, susah la sikit.
Ok lah chow dulu sebab kat sini pun dah sunyi sepi. Nanti kita sambung balik. Adik, kalau terbaca mama punya catitan tolong reply sebab email adik pun mama tak tau. Malam esok mama akan online lagi sekali. Bye. Dah letih sangat ni.
Sunday, 27 December 2009
Tuesday, 22 December 2009
Hari ini
Nak cerita sambungan semua lah.Mula-mula cerita tentang jari aku yang jatuh tu dulu.
Hari Isnin hari tu aku pergi followup kat Ortho clinic nak check balik jari aku yang masih tak hilang bengkak dan sakit lagi. Kali ni aku bawa sekali X-ray yang aku ambik kat HPP tu. Mulanya aku ingat tak kisah la nak jumpa doktor mana pun tapi kawan-kawan misi kat situ cadangkan aku jumpa Pakar tulang, Mr.Ruban. Aku mulanya memang tak kisah sangat-sangat, janji aku dapat jumpa doktor tulang, itu saja. Dah kawan-kawan kata better aku jumpa pakar, so, ok lah. Rupa-rupanya jari aku patah sikit, patutlah sakit dan bengkak tak hilang walaupun dah seminggu aku jatuh. Nasib baik aku jumpa pakar sebab doktor biasa yang aku jumpa kata jari aku tu tak ada apa-apa cuma mungkin terseliuh sikit. Tapi yang herannya dah seminggu jatuh, sakit dan bengkak tak hilang. Sebenarnya aku masih sakit tapi aku cuma ambik MC satu hari saja sebab paginya aku dah pi kerja diHPP, selesaikan apa yang patut.
Kemudian berpatah balik pula ke HSJ untuk jumpa doktor.Nasib baik lah tempat kawan-kawan dan tempat kerja lama aku, pergi pukul berapa pun tak kisah la. Rasa bersyukur sangat sebab dapat jumpa pakar hari tu dan baru kutahu rupanya jariku patah. Doktor cuma bagi aku ubat sapu dan ubat tahan sakit dan aku akan kesana lagi 4/1/2010 nanti. Aku juga kena buat exercise jari pelan-pelan dan tak boleh guna sangat jari kiriku itu.Aku harap by that time, semua akan ok.
Selepas balik dari bercuti, baju bertimbun-timbun nak di basuh dan diiron. Nasib baik la anak-anak dah besar panjang, boleh diharap untuk membasuh baju. Seterika saja yang aku tak harap. Tak puas hati.
Minggu depan aku akan bercuti lagi. Panjang cuti kali ni. Sampai tahun depan. Kami akan kesuatu tempat. InsyaAllah kalau ada rezeki dan kesihatan yang baik diberi tuhan, kami akan terbang pada 26/12 nanti. Mulanya memang aku menyesal sebab nak ikut trip ni tapi sayang pula jika peluang ini dilepaskan. Masalahnya kesian kat anak-anak, terpaksa ditinggalkan tapi kata babah, tak apa, nanti depa besar, depa pi sendiri pakai duit sendiri. Kita ni dah tua-tua ni, ada peluang, bila lagi nak jalan. Aku harap trip kali ni dipermudahkan tuhan dan selamat pergi selamat kembali. Harap tuhan pelihara kami berdua dan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan sekejab.
Terimakasih kepada sesiapa saja yang sudi mengunjungi blog ni dan tinggalkanlah jejak supaya kutahu siapa yang sudi datang ke rumah burukku ini. Sekian. wassalam

Saturday, 19 December 2009
Cameron Highland yang tak sejuk
Masuk kali ni dah 3 kali aku datang CH. Masa mula datang, masih sejuk lagi, kena juga pakai sweater. Kali kedua, sejuk pada waktu malam, menggigil. Kali ni datang, walaupun hujan sepanjang hari dan malam, tak sejuk langsung. Tak boleh tidur aku malam tadi sebab panas. Bilik pula tertutup, sempit. Kononnya bilik deluxe king.
Kami bertolak dalam pukul 9 pagi lebih dari rumah semalam. Hujan sepanjang perjalanan. Kabut tebal menghalang penglihatan. Aku ingatkan mestila sejuk kat atas nanti. Selepas saja kawasan Bukit Raja,perjalanan dah jadi semakin lambat Jem teruk. Itu pun kami bertolak agak awal. Jalan terkemut-kemut sampai malas nak keluar bila tengokkan jem dari bilik tempat penginapan kami.
Parking pula susah nak dapat. Hotel tak sediakan parking secukupnya untuk pelanggan mereka. Balik malam tadi selepas keluar makan, nak cari tempat untuk parking dah tak ada. Hubby parking depan entrance hotel. Selang 10 minit kemudian dia orang called minta ubah kereta.
Bila hubby naik ke atas semula, dia bagi tau ada pelanggan baru sampai jem 4 jam sebelum sampai ke hotel ni. Ni memang jem teruk ni. Esok nak balik awal sikit sebab kat Brinchang ni selalu sangkut teruk. Parking semuanya tepi jalan, kenderaan masuk keluar, orang melintas dan macam-macam hal lagi.

Tuesday, 15 December 2009
Jatuh
Semalam aku jatuh. Aduh. Masa tu orang tengah ramai nak solat zohor. Itu la aku sebok dok marah kat Yan, bising ajak aku pergi solat cepat-cepat sedangkan aku nak punch card terus nak pi solat. Masa lepas ambik wuduk tu, entah macam mana terpijak lantai licin, jatuh berdebub lebih dari nangka busuk. Masa tu Yan dah nak keluar tapi berpatah balik entah sebab apa. Dia tolong aku.
Masa tu aku cuma sakit jari kelingking saja. Tak nampak sangat bengkak. Lepas dah balik lab, baru nampak bengkak jari aku. Jumpa doktor kat CC, pergi Xray segala, tak ada apa-apa la pulak. Tapi semakin petang, dah nampak blue black la pula. Masa tu dah berdenyut sakit. Tapi aku ingat sikit tu saja.
Balik rumah, malam, wah makin berdenyut. Pagi ni terus tak boleh drive, sakit sangat. Aku ingat nak pi ambik MC untuk sehari saja la tapi doktor bagi aku 2 hari. Pergi pula jumpa klinik trauma kat HSJ. Depa suruh aku pi follow up lagi hari Khamis nanti. Kena MC sekurang-kurangnya seminggu. Wah, ni dah melampau. Aku baru saja pergi kerja kat HPP sebulan, dah kena MC seminggu. Cari pasal betul.

Jari kelingking aku yang bulat semakin membulat sebab bengkak. Terpaksa pulak diikat dua jari macam tu. Petang ni aku cuba bawa kereta. Memang sakit dan tak boleh tarik handbreak. Anak-anak yang tolong tarik. Dan beralih hari, punggung, pinggang pun dah start sakit sebab semalam jatuh terduduk. Kuat la pula tu.
Masa tu aku cuma sakit jari kelingking saja. Tak nampak sangat bengkak. Lepas dah balik lab, baru nampak bengkak jari aku. Jumpa doktor kat CC, pergi Xray segala, tak ada apa-apa la pulak. Tapi semakin petang, dah nampak blue black la pula. Masa tu dah berdenyut sakit. Tapi aku ingat sikit tu saja.
Balik rumah, malam, wah makin berdenyut. Pagi ni terus tak boleh drive, sakit sangat. Aku ingat nak pi ambik MC untuk sehari saja la tapi doktor bagi aku 2 hari. Pergi pula jumpa klinik trauma kat HSJ. Depa suruh aku pi follow up lagi hari Khamis nanti. Kena MC sekurang-kurangnya seminggu. Wah, ni dah melampau. Aku baru saja pergi kerja kat HPP sebulan, dah kena MC seminggu. Cari pasal betul.
Besar la harapan aku semuga sakit ni tak berpanjangan. Susah nak mandi, nak buka baju, susah nak solat secara biasa dan aku terpaksa masak pelan-pelan sebab nak kena masak juga.
Sunday, 6 December 2009
Salam
Lama dah tak masuk sini. Entah, tiap-tiap hari pun online tapi blog sendiri tak terbuka. Macam tak ada mood pula.
Sejak Hari Raya Aidil Adha hari tu sehingga semalam macam-macam yang berlaku. Sejak hari pertama Aidil Adha, dok ulang alik ke kampung tengok ayah setiap hari. Ada masa saja, balik. Hari tu ayah terjatuh, retak pula jari dia. Tapi susah nak nasihat, tak mau dengar. Aku pun malas nak cakap apa, cuma bagi tau macam tu saja sebab dia punya alasan yang lebih kuat walaupun aku ada bagi tau keburukan kalau dia buka balutan tu. Tak yah la, dia tak akan dengar pun. Biar lah asalkan dia bahagia, kalau cakap pun nanti kecik hati pula.
Macam mana aku minta dia makan ubat diabetis dia ikut jadual dan ikut aturan dan bagaimana dia makan sesuka hati dia, macam tu lah bila dia sakit macam ni. Tak boleh nak cakap apa sebab dia lebih tahu. Susah aku nak cakap sebab dia dah hampir 80 tahun, masih kuat lagi, masih boleh memandu, hujan ke gelap ke semua dia boleh sedangkan aku yang setengah umur dia ni pun tak selesa memandu dalam keadaan macam tu. Tak boleh nak cakap apa. Asalkan dia bahagia.
Sekarang dah hampir sebulan aku di HPP. Seronok dengan susana kerja tapi jauh saja. Tuhan tak bagi semua untuk semua. Ada yang diberinya senang dan ada yang susah. Tak lah senang semua maupun susah semua. Apa pun aku bahagia dengan kerja sekarang. Nampaknya put on weight lagi la aku nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)