Aiman tak sihat. Hari ni aku temankan Aiman kat rumah. Semalam pergi jumpa doktor dengan babah. Masalahnya babah ni memang suka ambik mudah semua perkara hinggakan nama anak sendiri pun dia buat tak kisah. Pergi ambik ubat Aiman daftar atas nama Akmal. Aiman 12 tahun sedangkan Akmal 19 tahun. sudah tentu sukatan ubat berbeza. Hari ni tadi called doktor balik semula tanya tentang sukatan ubat. Sudah tentu ubat Aiman dose nya lebih rendah. Kalau ikut babah, makan aja lah ikut sukatan yang doktor bagi.
Semalam aku kerja lagi. Benda yang sama berlaku lagi kat sini. Baby umur 50 hari, datang dengan masalah demam, masih lagi disuruh ambik SBC sedangkan bilirubinnya dah OK. Sudah 2 kali aku melalui benda yang sama dalam masa tak samapa sebulan kot. Esok aku nak kena pergi bagitau incharge kat depan tu supaya jangan lagi perkara ni berlaku. Kesian baby. Kalau memang benda tu significant dengan test aku tak kisah sangat, tapi ini tak significant langsung.
Monday, 13 April 2009
Saturday, 11 April 2009
Hari ini
Malam tadi kerja malam lagi tapi kebelakangan ni kurang sikit sebab dah ramai yang buat OT. Malam tadi juga, cantik sangat, tiada gangguan telefon, tiada gangguan ABG dari SCN dan memang ok sesangat hingga jam 2 pagi. Aku tidurkan HITACHI B hingga 4 pagi dan kemudian baru buat semula test-test yang tak berapa banyak tu.
Pagi rasa segar sikit sebab dapat juga letak kepala walaupun sekejab. Cukup lah dan hingga saat ini aku masih belum tidur lagi. esok kerja lagi 9am-2 pm.
Petang ni ajak juga babah pergi beli egg mould kat kedai 100 yen tu. Nak cakap ngan dia pun, dia bukannya tahu sangat, saja aku nak try buat telur bentuk-bentuk macam tu saja. Aku bukannya ada anak kecik pun. Seronok tengok.
Print lagi resepi kek coklat sampai babah tanya kenapa dok print banyak-banyak kek coklat ni. guna satu resepi yang sedap tu cukuplah. Tapi aku suka cuba macam-macam resepi kek coklat dan setakat hari ni yang paling mudah, paling sedap dan mendapat permintaan ialah kek coklat kukus zaiima.

Sunday, 5 April 2009
Masak
Penat juga syik masak, masak , masak tapi kepuasan yg diperolehi selepas makan masakan sendiri tu yang lebih seronok tambahan lagi anak-anak suka.
Pagi tadi buat kuih cara,bergula dan berlauk. Yang satu tu Aiman nak makan kuih cara kosong.Ingatkan tanpa gula atau lauk tapi dia tak tau sebenarnya kosong tu ada gula. Alahai Aiman...
Ini pula makan tengahari. Aliah nak makan nasi hujan panas. Masa makan baru teringat nak ambik gambar. Nasi hujan panas yang ada kaler sikit-sikit saja sebab takut nak letak kaler banyak-banyak, lauk ayam masak ros, daging lada hitam dan bunga kobis goreng dengan sotong. So simple. Ini pun makan kenyang lah sangat-sangat. Puas hati. Nasi putih untuk Aiman sebab dia tak makan nasi ada kaler kaler ni.
Wednesday, 1 April 2009
Selamat Ulang Tahun
Subscribe to:
Posts (Atom)