Saturday 11 April 2009

Hari ini

Malam tadi kerja malam lagi tapi kebelakangan ni kurang sikit sebab dah ramai yang buat OT. Malam tadi juga, cantik sangat, tiada gangguan telefon, tiada gangguan ABG dari SCN dan memang ok sesangat hingga jam 2 pagi. Aku tidurkan HITACHI B hingga 4 pagi dan kemudian baru buat semula test-test yang tak berapa banyak tu.

Pagi rasa segar sikit sebab dapat juga letak kepala walaupun sekejab. Cukup lah dan hingga saat ini aku masih belum tidur lagi. esok kerja lagi 9am-2 pm.

Petang ni ajak juga babah pergi beli egg mould kat kedai 100 yen tu. Nak cakap ngan dia pun, dia bukannya tahu sangat, saja aku nak try buat telur bentuk-bentuk macam tu saja. Aku bukannya ada anak kecik pun. Seronok tengok.

Print lagi resepi kek coklat sampai babah tanya kenapa dok print banyak-banyak kek coklat ni. guna satu resepi yang sedap tu cukuplah. Tapi aku suka cuba macam-macam resepi kek coklat dan setakat hari ni yang paling mudah, paling sedap dan mendapat permintaan ialah kek coklat kukus zaiima.

No comments: