Balik rumah ingat nak rehat sekejab tapi dah lambat juga la masa tu. aku masak lagi udang goreng, sayur bayam yang Aiman suka sangat tu dan sweet sour ikan siakap. Cukuplah tu dan rasanya dah banyak dah sebab selalunya kami cuma makan 3 atau 4 jenis lauk saja. Kuih pula jarang sangat aku buat sebab biasanya dah cukup dengan makan nasi saja.
Adik bawa juga bersamanya baby yang dia jaga. Aku dah jatuh sayang dengan baby ni. Geram, montel dan comel dan aku terima hakikat bahawa semua baby comel. Bersih dan suci saja.
Adik dah nak balik dah masa ni. Kesian, jauh dari Alor Setar cuma nak berbuka puasa dengan kami saja. Apa pun terimakasih adik sebab datang juga berbuka dengan kami.
Malam tadi babah dah mula pasang lampu raya. Perasaan dah mula sayu untuk meninggalkan Ramadan. Aku rasa macam sayang sangat nak tinggalkan Ramadan. Setiap tahun perasaan yang sama berulang. Makin dekat Ramadan nak meninggalkan kita, makin sayu aku rasakan. Rasa lebih tenang dan aman dibulan ini. Kerja pun lebih teratur dan hidup juga lebih sempurna. susah nak gambarkan dengan kata-kata, cuma aku yang rasakannya.
Salam Ramadan lagi dan selepas ini InsyaAllah aku agak kurang dah oncall, so bolehla tumpukan lebih banyak masa sikit kat rumah. Rumahku syurgaku.
1 comment:
Hai kak t, lip lap..lip lap...hah tu diaaa..semangat nak raya nooo...bila lagi nak mai muaq?
Post a Comment