Saturday 1 August 2009

Macam-macam ada

Selepas majlis makan-makan kat rumah ayah hari tu, kami sekeluarga bertolak pula kerumah parent in law. Kat sana ada abang ipar, isteri dan anak-anak dia. Malam tu kami bersembang banyak tentang hal abang ipar yang nak melanjutkan pelajaran, nak aktif politik dan amacam-macam lagi. Aku bawa balik cotton ciskek dan coklat cake untuk mereka dan babah bawa balik durian yang ada baki lagi kat rumah, memang simpan untuk bawa balik kampung.

Sembang punya sembang sampai pukul 11 malam lebih agaknya, kami pun bertolak balik sebab esoknya aku nak kerja. Dalam perjalanan, tengok kereta abang ipar punmelepasi kami. Tapi mungkin mereka tak nampak kami tapi macam mustahil la sebab kereta mereka overtook kereta kami. Tapi kami langsung tak terfikir apa-apa pun masa tu.

18/7/09, balik kampung, kenduri rumah maksu. Balik juga ke rumah PIL kat kampung. Baru tau cerita sebenar. Apalah sebenarnya yang nak dicemburukan dengan aku, aku pun tak tau. Susah betul lah. Satu pun aku tak ada yang lebih dari dia. Malas fikir lagi, terimakasih PIL ku sebab beri anak mereka yang baik untuk aku. Biarlah apa orang nak kata, aku tak peduli sebab aku bukan nak hidup dengan orang yang dengkikan aku. Aku punya suami yang baik, ada anak perempuan, ada anak-anak lelaki, ada kerja suami isteri walaupun pendapatan kami tak setanding dengan pendapatan orang yang dengkikan aku tu, kereta kami kecik tak setanding dengan mereka, anak-anak aku tak sepandai anak-anak dia dan aku taklah sepandai dia dalam mendidik anak-anak.

InsyaAllah ada hikmahnya apa yang tuhan bagi kat aku selama ni. Muga-muga orang tersebut dibukakan pintu hatinya oleh tuhan supaya menjadi lebih baik dari apa yang ada hari ini. Begitu juga aku. Ibubapaku dah mendidikku dengan baik cuma aku nak aplikasikan apa yang dah diajar itu supaya aku menjadi manusia yang lebih baik dan tidak menyakitkan hati orang terutama ibu bapa dan ibu bapa mertuaku. Terimakasih tuhan berikan segala ketenangan dan kebahagiaan untukku walaupun aku tak punya banyak wang sepertinya.

No comments: