Sunday 3 May 2009

Hari Sabtu lepas

Sabtu lepas selepas habis kerja malam, aku pergi beli sedikit barang dapur. Seperti biasa duit keluar macam air mengalir.

Bukanlah banyak pun barangnya tapi reganyanya, hai alahai

Lepas tu singgah sekejab kat foodcourt dia dan minum ni. Kesukaan aku ni. Nescaffe mocca float. Suka sesangat. (ye ke nama dia macam tu? Aku pi situ main tunjuk saja)

Lepas tu makan salad buah tanpa dressing sebab tak mau tambah kalori. Ada sebiji anggur sehiris oren dan sekeping nipis buah kiwi. Yang lain-lainnya ialah tembikai

Masa nak masuk ke taman perumahan tu dah dekat pukul 12 tengahari. Masa tu nelayan baru sampai dari laut. Aku pun singgah beli sedikit sayur dan ikan kembung fresh kat situ.

Balik rumah terus masak untuk makan tengahari dan salah satu menu dia ayam panggang. Ikan yang aku beli tu pun panggang juga tapi lupa nak ambik gambar. Kenyang sangat makan tengahari tu.

No comments: