Sunday 23 December 2012

Huru hara hidupku

Melalui hari-hari yang amat meletihkan jiwa dan minda namun aku bersyukur masih lagi disini, bersama orang-orang yang aku sayangi. Mula dengan 1 November, kena attached di Klinik Kesihatan Butterworth, hidupku dah jadi tak menentu. Memandu dengan seribu pertanyaan. Mengapa dan mengapa?Memandu sambil fikiran menerawang. Apakah ianya bersangkutan dengan dakwaan bahawa aku tak berminat untuk bekerja di klinik? Dakwaan yang sengaja diada-adakan. Aku difitnah tanpa sempat diminta penjelasan. Kemudian aku jadi malas untuk membela diri. Biar lah sebab tuhan tahu apa yang berlaku dan apa yang ada dihatiku. Menunggu permohonan pertukaran ke hospital berjaya. InsyaAllah, tuhan bersama orang yang teraniaya. Cepat atau lambat, sudah pasti ada kesudahannya. Itu janjinya.

Kemudian bila masuk saja Disember, aku jadi alat untuk diletak disini dan disitu. Bila pekerja lain bercuti atau cuti sakit atau cuti kecemasan atau tak dapat membuat kerja atas panggilan, orang atas tak nampak dah muka manusia lain selain aku. Akulah yang malas tapi aku lah yang kena ganti sini sana. Apakah ini? Redzo saja atas apapun yang berlaku. Tuhan sentiasa bersamaku.InsyaAllah.

Bila keadaan begini berlaku, aku jadi malas untuk ketempat kerja. Nasib baik selama berbagai-bagai perkara tersebut berlaku, masih ada ruang dan peluang untukku bercuti. Seminggu bercuti dengan niat untuk menenangkan fikiran tapi dalam masa tu, masih ada lagi panggilan untuk mengganti tempat kawan bercuti. Hey, aku bercuti la. Aduh, betapa lah hanya tuhan saja yang tau

Membawa diri ke Melaka dan Cameron Highland sedikit sebanyak menghilangkan sedikit rasa tidak senang dihati. Barangkali orang yang tidak merasanya tak tau bagaimana bila kita dijadikan sebiji bola. Namun Alhamdulillah, segala-galanya akhirnya ada kesudahannya juga. Mesyuarat pada minggu lepas menoktahkan apa yang telah berlaku. Aku nak pindah balik kehospital. Nak ketempat lama semula.

No comments: